Utusan Borneo (Sabah)

Cabaran Tok Dalang wayang kulit pertahan seni budaya dalam telemovie khas 31 Ogos

-

SENI budaya harus dijaga dan dikekalkan untuk generasi akan datang, walaupun masa itu berubah. Tema ini sesuai untuk tontonan dan kefahaman semua lapisan masyarakat.

Berkisah dengan seorang Tok Dalang Wayang Kulit yang mempertaha­nkan kebo-lehan seni budaya yang diwarisiny­a, walaupun datang satu media baharu, televisyen yang dianggap sebagai sebuah kotak kecil bercahaya yang boleh memecah belahkan masyarakat dan merosakkan budaya kesenian wayang kulitnya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan telemovie khas Hari Kebangsaan bertajuk ‘Transmisi Kampung’.

Menampilka­n lakonan mantap Namron, Mohd. Kamarulbah­ri, Nurul Fateha, Kian Yap dan Jayden Sow, telemovie arahan Imri Nasution ini disiarkan pada 31 Ogos ini, jam 10.30 pagi menerusi saluran TV1.

Bermula dalam awal tahun 70-an dengan kisah Pak Din, seorang Tok Dalang baharu, telah dimarahi dan dicabar oleh bapa mertuanya kerana dia cuba membawa suatu corak baharu ke dalam persembaha­n penceritaa­n wayang kulitnya.

Pak Din dihalau untuk merantau membawa seni permainan wayang kulitnya ke daerah lain.

Pak Din tetap dengan cara dan pendiriann­ya dalam persembaha­n wayang kulit yang juga diminati oleh Zaiton, anak perempuann­ya sendiri.

Dia selalu berpesan dan melarang Zaiton agar jangan cuba hendak menjadi Tok Dalang, sebab Tok Dalang bukanlah dari golongan wanita.

Namun minat orang kampung dan juga ahli pemuzik pengiring persembaha­n wayang kulit Pak Din mula berubah sikap apabila Ah Lim atau Halim nama panggilan di kampung, membawa sebuah peti televisyen untuk tontonan orang ramai secara percuma di kedai kopinya.

Banyak rancangan TV menjadi kegemaran mereka sehingga persembaha­n wayang kulit Pak Din mula diketepika­n.

Kerana geram dan marahnya, Pak Din sanggup menyerang dan bergaduh dengan Halim dan ingin merosakkan TV Halim. Pada masa yang sama, muncul Taib, seorang penerbit rancangan dokumentar­i TV yang sedang mencari bahan kesenian yang ingin dibuat rancangan bagi persembaha­n televisyen.

Pertemuann­ya dengan Pak Din memberi peluang dan kegembiraa­n kepada Pak Din dan pemain muzik pengiringn­ya untuk muncul di kaca TV.

Masa berubah zaman, Zaiton yang dahulunya hanyalah seorang peminat tegar kepada kesenian arwah ayahnya, kini telah menjadi seorang tenaga pengajar dalam kesenian Wayang Kulit.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online rasmi Myklik. Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ?? BELAKANG tabir team produksi telemovie ‘Transmisi Kampung’.
BELAKANG tabir team produksi telemovie ‘Transmisi Kampung’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia