Utusan Borneo (Sabah)

Berjaya dicekup kerana tidak tahan lapar

Lelaki menyorok di hutan selepas disyaki merogol kanakkanak OKU dicekup ketika ambil makanan di rumah.

-

KUCHING: Gara- gara kelaparan seorang lelaki yang bersembuny­i di hutan selepas disyaki merogol seorang kanak- kanak perempuan orang kelainan upaya ( OKU) berjaya dicekup polis ketika hendak mengambil makanan di rumahnya, pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, suspek berusia 24 tahun itu menghilang­kan diri selepas dipercayai melakukan perbuatan terkutuk terhadap kanak-kanak berusia lima tahun terbabit pada Rabu lepas.

Menurutnya, suspek ditangkap anggota JSJ IPD Padawan yang diketuai Inspektor Mansur Rahman di rumahnya di sebuah kampung di Jalan Matang sekitar jam 5 petang semalam.

“Pada jam 5 petang tadi ( Jumaat), suspek yang mengelak dari dikesan polis dengan bersembuny­i di dalam hutan berjaya ditangkap anggota JSJ IPD Padawan yang berada di rumahnya (suspek) sejak kes tersebut dilaporkan.

“Suspek yang dipercayai kelaparan ditahan semasa dia hendak mengambil makanan dari rumahnya,” kata Dev dalam kenyataan berhubung kes tersebut, di sini pada Jumaat.

Tambahnya juga, suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (kes rogol).

Difahamkan, kes dilaporkan berlaku pada 24 Ogos lalu apabila mangsa mengadu sakit di bahagian kemaluanny­a dan pemeriksaa­n oleh ibu bapanya menemui kesan darah.

“Ibu bapa mangsa mengesyaki sesuatu telah berlaku kerana sebelum itu mangsa keluar bersama suspek yang hanya tinggal kira- kira 50 meter dari rumah keluarga mangsa. “Suspek sebelum kejadian meminta kebenaran daripada ibu bapa mangsa untuk membawa mangsa menemaniny­a ke kedai runcit berdekatan,” kata Dev.

Katanya, mangsa telah dibawa oleh ibu bapanya ke Balai Polis Sentral yang kemudian dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan disahkan mungkin dirogol.

“Susulan laporan itu, anggota dari IPD Padawan menyerbu rumah suspek dan mendapati rumah itu kosong dan usaha menjejaki suspek menggunaka­n Unit K9 juga gagal pada hari itu (24 Ogos).

“Justeru, tahniah diucapkan kapada anggota IPD Padawan atas kejayaan menangkap suspek pada hari ini (pada Jumaat).

“Selain itu, Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor juga mengarahka­n semua anggota dan ketua polis daerah untuk mengambil serius berhubung laporan jenayah yang berlaku terhadap kanak-kanak,” katanya.

 ??  ?? UNIT K9 digunakan untuk menjejaki suspek.
UNIT K9 digunakan untuk menjejaki suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia