Utusan Borneo (Sabah)

Bravo harus menunggu lagi

-

MANCHESTER: Claudio Bravo terpaksa menunggu untuk tampil buat julung kalinya bersama Manchester City dan bersiap sedia untuk menyaksika­n perlawanan kelab baharunya di halaman sendiri dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham United pada malam ini (Ahad) dari tempat duduk di Stadium Etihad.

Penjaga gol Chile itu sudah melengkapk­an formaliti bagi perpindaha­nnya yang dilaporkan bernilai 17 juta pound (RM92 juta) ke EPL tetapi pengurus Pep Guardiola belum menimbangn­ya untuk tempat permulaan kerana dia belum berlatih secukupnya bersama pasukan baharunya.

Ini hampir pasti bermakna kehampaan lagi bagi penjaga England yang tidak dikehendak­i di kelab itu, Joe Hart, yang sudah dimaklumka­n dia boleh meninggalk­an kelab, dengan Willy Caballero yang dijangka akan mengekalka­n tempat permulaann­ya, seperti apa yang dia lakukan dalam dua perlawanan pembukaan liga di bawah Guardiola.

“Dia cergas tetapi dia tidak akan bermain pada hujung minggu ini,” kata Guardiola mengenai Bravo.

Guardiola, yang mahu mencatatka­n lima kemenangan daripada lima perlawanan kompetitif bersama City, berkata Bravo secocok dengan kehendakny­a sebagai seorang penjaga gol dan menambah pemain Chile selama ini berkembang di bawah bimbingann­ya.

“Dia ada pengalaman, menjangkak­an situasi di luar kotak penalti, di hadapan kotak, bagus dalam melancarka­n gerakan, cepat dalam gawang, dia seorang pemain yang bagus untuk kami,” kata Guardiola.

“Saya bernasib baik kerana ada di bawah perintah saya pemain Chile seperti Alexis Sanchez dan Arturo Vidal dahulu dan sekarang Claudio Bravo. Saya sudah bercakap kepada Claudio dan dia dijangka akan menjadi pemain yang baik untuk kami.

“Saya ada pengalaman yang baik bersama pemain lama saya dari Chile dan saya juga menjangkak­annya bersama Claudio.

“Dan dengan penjaga gol yang sudah lebih 100 kali bermain mewakili pasukan kebangsaan dan sebuah pasukan yang dapat menandingi Argentina atau Brazil, dia adalah aset yang amat baik untuk kami.”

Guardiola dapat memilih pemain dalam skuad yang hampir cergas sepenuhnya, dengan 30 pemain yang menyertai latihan kelmarin.

Satu-satunya pemain yang tidak ada adalah penyerang remaja Kelechi Iheanacho, yang mengalami masalah hamstring kecil dalam kemenangan pada pertengaha­n minggu ke atas Steaua Bucharest yang tidak mengizinka­nnya untuk bermain selama dua minggu.

Satu perkara yang Guardiola mahu diberi perhatian yang lebih oleh pemainnya ialah mengintai peraturan baharu mengenai perbuatan menarik jersi dalam kawasan penalti.

“Pengadil datang ke sini dan bercakap kepada pemain mengenai peraturan baharu, jadi mereka tahu itu,” kata Guardiola.

“Namun kami akan bercakap kepada pemain sekali lagi, saya tidak tahu apa yang sedang berlaku, sama ada ia berlaku lebih kerap atau tidak, lebih kerap berbanding pada masa lalu.”

West Ham bimbingan Slaven Bilic akan pergi ke bahagian utara dalam keadaan hampa selepas mereka tersingkir awal dari Liga Europa di tangan Astra Giurgiu.

Mengulangi kemenangan pada musim lepas di Stadium Etihad pasti pendorong yang bertepatan, sama seperti ketibaan penyerang Juventus Simon Zaza nanti.

“Ia adalah satu dorongan,” kata Bilic mengenai Zaza.

“Ia adalah rancangan kami sejak sekian lama untuk mendapatka­n seorang penyerang berkualiti tinggi dan beberapa penyerang ada dalam senarai kami, dan Zaza sentiasa disebut di sana.”

Bilic juga menjangka Dimitri Payet dan Manuel Lanzini akan cergas sepenuhnya tetapi tidak akan mengambil risiko ke atas kedua- dua pemain tengah itu.

“Dimitri Payet dan Manuel Lanzini, kita akan tahu lebih lanjut pada Sabtu,” kata Bilic.

“Mungkin salah seorang daripada mereka akan berada di dalam skuad untuk perlawanan Ahad ini.

“Kami masih ada satu sesi latihan tetapi situasi sekarang ialah selepas perlawanan ini, kita ada beberapa minggu dan keinginan ialah untuk tidak menurunkan mereka kerana adakah risiko itu berbaloi?

“Sudah tentulah jika risiko tidak ada, kami akan memilih mereka, tetapi terdapat tanda tanya yang besar. Hanya jika risiko tidak ada, kami akan menggunaka­n mereka, dan itupun hanya seorang sahaja daripada mereka.” – AFP

 ??  ?? CLAUDIO BRAVO
CLAUDIO BRAVO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia