Utusan Borneo (Sabah)

Conte rehat di pantai, lupakan seketika bola sepak

-

LONDON: Antonio Conte akan pergi ke pantai pada minggu depan apabila pengurus Chelsea yang marah itu diberi masa untuk berehat selepas usahanya yang sia-sia untuk mendapatka­n sasaran utamanya dalam jendela perpindaha­n.

Walaupun Conte memulakan tugas dengan cemerlang dengan tiga kemenangan berturut-turut sebagai pengurus Chelsea, warga Itali itu hampa dalam pasaran perpindaha­n sejak menggalas tugas di Stamford Bridge pada Julai lalu.

Chelsea hanya membeli tiga pemain baharu dan Conte gagal mendapatka­n pemain pertahanan tengah dan penyerang yang dia anggap sebagai amat penting untuk menambah kualiti dan bakat mendalam kepada skuad yang basi pada musim lepas.

Menjelang penutupan jendela perpindaha­n pada Rabu ini, kebanyakan pengurus lain dalam Liga Perdana Inggeris akan dirantai pada meja mereka sementara usaha terakhir dijalankan untuk memeterai perjanjian.

Namun Conte merancang untuk menjauhkan diri dari semuanya itu dengan mengambil kesempatan daripada waktu rehat antarabang­sa pada minggu depan untuk pulang ke Itali dan meluangkan masa berkualiti bersama isterinya Elisabetta dan anak perempuann­ya Vittoria.

Conte akan sentiasa dekat dengan telefonnya menjelang hari terakhir perpindaha­n tetapi dia gembira untuk menyerahka­n usaha pengambila­n pemain pada saat akhir bagi Chelsea kepada pengarah teknikal Michael Emenalo dan penasihat kanan pemilik Roman Abramovich, Marina Granovskai­a.

“Saya berfikir untuk pulang ke Itali. Tiga bulan sudah saya bekerja setiap hari. Ia sangat sukar,” kata Conte kepada pemberita kelmarin.

“Jika saya dapat berehat sedikit selama empat hari, ia adalah bagus bagi saya, bagus bagi pasukan dan bagus bagi kelab. Saya berhak untuk berehat.

“Saya akan tinggal bersama keluarga saya di Itali, pergi ke pantai selama beberapa hari untuk berehat dan menutup minda saya.

“Minda saya sangat penuh dengan bola sepak sejak beberapa bulan yang lalu bersama Itali dan kemudian bermula sertamerta bersama Chelsea.”

Sementara Conte meninggalk­an barat London untuk sedikit keseronoka­n dalam cuaca cerah selepas perlawanan menentang Burnley semalam, bekas jurulatih Itali dan Juventus itu pasti berharap untuk kembali dan bekerja dengan beberapa pemain baharu.

Di tengah spekulasi bahawa kemajuan perlahan Chelsea dalam pasaran perpindaha­n disebabkan oleh keengganan Abramovich untuk berbelanja besar dan ketiadaan kelab itu dari Liga Juara-Juara, Conte ingin menegaskan bahawa The Blues, masih pilihan yang menarik bagi pemain terkemuka.

“Kami bukannya tidak mahu membelanja­kan wang bagi sasaran yang betul. Situasinya ialah sasaran kami tidak bersedia untuk dibeli,” katanya.

“Ada sesuatu yang berubah berbanding pada musim-musim lalu, bukan sahaja bagi Chelsea tetapi semua pasukan.

“Saya rasa pasukan tahap sederhana sekarang tidak suka menjual pemain. Ia adalah berita baik untuk liga Inggeris, tetapi berita tidak baik bagi kelab yang mahu membeli pemain.

“Saya selalu menyatakan saya lebih suka berbelanja besar untuk mendapatka­n pemain yang hebat, bukan pemain sederhana.

“Pemain yang hebat adalah sama di sini walaupun dia tidak bermain dalam Liga Juara-Juara.

“Kami ada 44 juta penyokong. Ia adalah hebat sekali. Ia menunjukka­n Chelsea adalah kelab yang hebat di dunia. Bagi kelab seperti Chelsea, kita selalu datang.”

Tidak kira apa pun masalah Chelsea dalam pasaran perpindaha­n, Conte berkata dia tidak ada keraguan mengenai usaha untuk memperbaik­i pemainnya yang sedia ada jika tidak dapat memperoleh­i pemain baharu bagi peringkat pertama dalam usahanya untuk memenangi kejuaraan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia