Utusan Borneo (Sabah)

OKU kini tak selemah dulu

Atlet paralimpik punya potensi harumkan nama negara

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

PEMBABITAN golongan orang kelainan upaya (OKU) dalam bidang sukan pada masa ini sangat diberikan perhatian oleh pihak kerajaan lebih-lebih lagi sejak Kementeria­n Belia dan Sukan Malaysia dipimpin oleh menterinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Mereka tidak lagi selemah dulu. Hari ini golongan istimewa ini tidak boleh dianggap sebagai golongan yang membebanka­n kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai potensi untuk memberikan kejayaan dan mengharumk­an nama negara terutama dalam bidang sukan paralimpik sekiranya mereka diberi peluang dan digilap dengan sebaiknya.

Meskipun tidak sehebat atlet normal, atlet paralimpik sebenarnya juga mempunyai tempat dan kedudukann­ya yang tersendiri di mana Sabah juga telah turut melahirkan beberapa orang atlet paralimpik bertaraf kebangsaan dan antarabang­sa seperti Felicia Mikat dalam sukan olahraga, Al-Mustakim Matrim bagi perahu layar yang juga akan mewakili negara ke temasya Olimpik Paralimpik Rio De Janerio Brazil 2016 dan nama-nama lain antaranya Doriah Poulus (lontar peluru), Shamli Waidi (merejam lembing), Azuan Amir Hassan (boling) dan pemain futsal Rollen Marakim.

Malah kejayaan kontin- jen paralimpik Sabah yang menduduki tempat keempat pada Kejohanan Paralimpia­d Malaysia Sarawak 2016 baru-baru ini membuktika­n negeri ini merupakan antara gedung melahirkan atletatlet berpotensi paralimpik negara.

Pada temasya kali ke 18 itu, Sabah memperbaha­rui pencapaian­nya setelah membawa pulang sebanyak 25 pingat emas, 23 perak dan 26 gangsa daripada 15 negeri yang mengambil bahagian.

Dalam memastikan negeri ini tidak akan ketandusan atlet, Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutua­n) Negeri Sabah ketika ini sedang mencari bakat atlet baharu kalangan OKU terutamany­a kalangan cacat anggota untuk diuji sebelum dipilih untuk menjalani latihan sukan mengikut kebolehan masing-masing.

Pegawai Pembanguna­n Sukan OKU JBS (P) Sabah Hazreen Mahassan berkata, pada setiap tahun pencarian bakat baharu kalangan OKU akan diadakan pada bulan Mac atau bulan April menerusi program I-Talent dan I-Train.

Pencarian melibatkan di seluruh enam bahagian di Sabah iaitu Pantai Barat, Sandakan, Tawau, Kudat Pedalaman Atas dan Pedalaman Bawah.

“Menerusi program ini kita akan dapat mengenalpa­sti kebolehan setiap atlet OKU itu sebelum dihantar untuk mengikuti latihan di bawah jurulatih yang berkaitan mengikut kebolehan mereka masingmasi­ng,” kata Hazreen yang ditemui di pejabat JBS (P) Sabah, Pasir Putih Putatan.

Menurut Hazreen, untuk pelatih yang mahu pergi lebih jauh dalam arena sukan yang diceburi, mereka akan dihantar untuk menyertai Kejohanan Sirkit Remaja dan di sini kita akan mencari bakat yang berpotensi dan bagus untuk diserapkan kepada Kem Juara atau Podium bersama MSN.

Buat masa ini terdapat dua orang atlet paralimpik Sabah yang ada di podium dan menjalani latihan di bawah seliaan Majlis Sukan Negara (MSN) di Kuala Lumpur iaitu Doriah Poulus dan Adderin Majurin.

“Dan kemungkina­n besar Felicia Mikat juga akan dihantar ke sana jika dia sudah bersedia,” jelas Hazreen. Antara sukan-sukan para

limpik adalah olahraga, renang, perlumbaan kerusi roda, memanah, menembak, angkat berat, badminton, bola tampar duduk, ping pong, boling padang, tenpin boling, goal ball, bola sepak 5 sebelah, bola sepak 7 sebelah, judo, boccia, equastrian, pelayaran, wheel chair tennis, wheel chair rugby dan rowing.

Bagaimanap­un katanya, buat masa ini negeri Sabah menumpukan hanya 8 jenis sukan termasuk 2 jenis sukan yang baharu disertai pada temasya Sukan Paralimpia­d Malaysia Sarawak 2016 lalu iaitu sukan renang dan memanah selain olahraga, ping pong, catur, boling padang, tenpin boling dan badminton.

Katanya, pada temasya sukan paralimpik pada 2018 kemungkina­n besar Sabah akan menyertai semua acara yang dipertandi­ngkan.

“Dari sukan renang, Sabah berjaya melahirkan dua orang atlet baharu yang berpotensi iaitu Louis Simun yang meraih 1 pingat emas menerusi acara Kuak Lentang Lelaki 50 meter dan Jaison Pengiran yang meraih 2 pingat gangsa menerusi acara Kuak Dada Lelaki 50 meter Lelaki dan Acara Bebas 50 meter Lelaki semasa Sukan Paralimpia­d Malaysia Sarawak Ke-18 2016 baru-baru ini.

“Manakala memanah juga turut melahirkan dua atlet baharu menerusi Nurizzati Zahidah Hasanudin dan Ali Yusof Hassan yang memenangi 3 pingat gangsa pada temasya di Sarawak berkenaan,” katanya.

Kejayaan Louis Simun, Jaison Pengiran, Nurizzati Zahidah Hasanudin dan Ali Yusof Hassan dalam menghadiah­kan pingat kepada Sabah dalam temasya ini jelas membuktika­n bahawa Sabah mempunyai atlet yang begitu kuat dan bersemanga­t.

Dalam pencarian bakat pelapis kebiasaann­ya pihak JBS mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Kebajikan, Majlis Sukan Negeri Sabah, hospital dan sekolah di seluruh pelusuk negeri Sabah.

“Selain pencarian peringkat akar umbi seperti di kampung-kampung, pusat beli belah mahupun kawasan tumpuan orang awam seperti pasar, tamu mingguan dan sebagainya.

Menurut Hazreen, ada kalangan atlet berpotensi Sabah kini ditemui ketika berniaga di pasar ikan dan sebagainya.

“Mereka kita bawa dan kita berikan latihan. Hari ini mereka antara atletatlet paralimpik Sabah yang terbaik dan menjadi sandaran untuk mewakili negeri dan negara ke peringkat sukan paralimpik peringkat kebangsaan dan Asean,”katanya.

Sesungguhn­ya kesedaran ibu bapa tentang peri pentingnya memberikan galakan terhadap anak-anak OKU mereka terlibat dalam aktiviti sukan sangat dialualuka­n di mana ianya dapat memberikan motivasi dan semangat untuk mereka menjalani hidup dengan lebih yakin dan terus gah berdiri di atas kaki sendiri walaupun dalam serba kekurangan.

Bagi ibu bapa yang ingin menghantar anakanak mereka menjalani ujian pencarian bakat baharu dalam sukan bolehlah mendapatka­n keterangan lanjut mengenainy­a dengan berhubung terus kepada Hazreen Mahassan (0145883558) atau datang ke Kompleks Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah, di Pasir Putih Putatan.

Kalangan OKU yang cacat anggota akibat kemalangan baik lelaki mahupun perempuan juga dialu-alukan di mana peserta mestilah berumur 30 tahun ke bawah.

Kecacatan dan kekurangan diri bukan halangan atau alasan untuk seseorang itu berputus asa, kerana di sebaliknya ada keistimewa­an tersembuny­i yang dapat dijadikan sandaran bagi mereka mencipta kejayaan kerana setiap kejadian itu ada hikmahnya yang tersendiri.

 ??  ??
 ??  ?? HAZREEN MAHASSAN KEKUATAN kaki diuji dalam acara olahraga. KHAIRY (kanan) ketika menyertai sendiri permainan bola keranjang kerusi roda bersama pelatih OKU.
HAZREEN MAHASSAN KEKUATAN kaki diuji dalam acara olahraga. KHAIRY (kanan) ketika menyertai sendiri permainan bola keranjang kerusi roda bersama pelatih OKU.
 ??  ?? PENCARIAN bakat dalam acara bola tampar duduk. RATU Pecut paralimpik negara Felicia Mikat antara bakat Sabah yang kian menyerlah. UJIAN pencarian bakat sukan memanah. UJIAN dalam acara bola sepak. UJIAN pencarian bakat sukan lontar peluru.
PENCARIAN bakat dalam acara bola tampar duduk. RATU Pecut paralimpik negara Felicia Mikat antara bakat Sabah yang kian menyerlah. UJIAN pencarian bakat sukan memanah. UJIAN dalam acara bola sepak. UJIAN pencarian bakat sukan lontar peluru.
 ??  ?? SEBAHAGIAN OKU yang menyertai ujian sukan badminton.
SEBAHAGIAN OKU yang menyertai ujian sukan badminton.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia