Utusan Borneo (Sabah)

Mahasiswa UMS tolak perhimpuna­n TMO1

- Oleh NORNASHA SABLI (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Seramai 25 orang pelajar dari beberapa Institusi Pengajian Tinggi hampir ditahan pihak berkuasa apabila mengambil bahagian dalam menyertai perhimpuna­n haram, di sini petang kelmarin.

Kumpulan yang menggelark­an diri mereka sebagai ‘TMO1’ mengadakan perhimpuna­n berkenaan di Taman Chong Thian Voon bersebelah­an Kompleks Mahkamah Negeri ini sebelumnya berjalan dari Kampung Air sekitar jam 2 petang.

Jurucakap kepada perhimpuna­n berkenaan, Mukmin Nantang menyatakan perhimpuna­n itu diadakan bertujuan untuk menyampaik­an suara mahasiswa dan anak muda Sabah agar pihak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang dilabelkan sebagai MO1.

Timbalan Naib Canselor(Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sabah( UMS) Prof. Madya Dr. Ismail Ali bagaimanap­un berkata, pihaknya menolak sekerasnya dakwaan yang menyatakan perhimpuna­n berkenaan adalah mewakili suara mahasiswa terutamany­a mahasiswa UMS dan anak muda Sabah amnya.

Katanya, ini terbukti apabila perhimpuna­n berkenaan tidak mendapat sambutan daripada mahasiswa dan anak muda Sabah sepertiman­a yang diharapkan oleh pihak Sekretaria­t Anak Muda Sabah selaku penganjur.

“Ini sekaligus memperliha­tkan mahasiswa dan anak muda Sabah sendiri tidak menyokong perhimpuna­n berkenaan,” katanya.

Pada masa sama Ismail berkata, mahasiswa UMS sama ada di Kampus Kota Kinabalu, Kampus Antarabang­sa Labuan dan Kampus Sandakan yang berjumlah 17,000 termasuk para alumni UMS yang mencecah angka puluhan ribu tidak akan menyokong dan menyertai sebarang perhimpuna­n sedemikian rupa.

“Walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 (Pindaan) Seksyen 15 membenarka­n mahasiswa untuk berpolitik di luar kampus namun itu tidak bermakna para mahasiswa boleh membuat sesuatu tindakan tanpa memikirkan implikasin­ya kepada diri sendiri, pengajian dan kesejahter­aan negara.

“Pihak pengurusan universiti yang diterajui oleh Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah sentiasa memperinga­tkan mahasiswa UMS agar memberikan perhatian sepenuhnya kepada pengajian, menjaga nama baik dan imej universiti yang memberikan mereka ruang untuk menimba ilmu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini kelmarin.

Beliau berterima kasih dengan semua mahasiswa dan anak muda Sabah kerana tidak terpedaya untuk menyertai perhimpuna­n itu.

 ??  ?? (Gambar atas dan kanan) MAHASISWA yang menyertai perhimpuna­n haram di sini petang kelmarin.
(Gambar atas dan kanan) MAHASISWA yang menyertai perhimpuna­n haram di sini petang kelmarin.
 ??  ?? ISMAIL
ISMAIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia