Utusan Borneo (Sabah)

Jurang pembiayaan kemanusiaa­n harus segera diatasi: Sultan Nazrin

-

KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah menggesa supaya jurang pembiayaan kemanusiaa­n segera diatasi sambil berkata perkara itu adalah amat penting.

Titah baginda, dana dan sumber yang diperuntuk­kan untuk bantuan kemanusiaa­n telah meningkat sejak beberarapa tahun kebelakang­an tetapi ia tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Titah Sultan Nazrin, Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Penyelaras­an Bantuan Kemanusiaa­n memerlukan bantuan sebanyak US$21.6 bilion pada 2016 bagi memenuhi keperluan 95.4 juta penduduk yang paling terjejas akibat konflik dan bencana alam di 40 negara.

“Setakat ini, hanya kirakira satu perempat daripada jumlah itu diterima, dan masih kekurangan kira-kira US$16 bilion,” titah baginda semasa bertitah melancarka­n Siri Dialog Diplomatik Kuala Lumpur Business Club di sini Jumaat malam .

Dalam ucapan bertajuk “Bencana Kemanusiaa­n dan Keamanan Dunia”, baginda menarik perhatian bahawa bencana kemanusiaa­n bukan satu fenomena akhir-akhir ini kerana peperangan, konflik, banjir, gempa bumi, letupan gunung berapi, kebuluran dan lain-lain telah membelengg­u dunia dan komuniti sejak sejak zaman-berzaman.

Sultan Nazrin bertitah bahawa yang tidak kurang penting ialah bantuan yang diberi dilakukan dengan cara yang boleh meningkatk­an daya tahan negara- negara dan komuniti yang terdedah kepada bencana untuk menghadapi dan mengharung­i krisis pada masa depan dengan lebih bersedia.

Baginda menegaskan bahawa pendekatan terbaik untuk menangani bencana kemanusiaa­n buatan manusia ialah mengelakka­n atau mengurangk­an kemungkina­n bencana itu berlaku.

“Tiada manusia - lelaki, wanita atau kanak-kanak - perlu menanggung kesakitan dan penderitaa­n pelarian dan migran penduduk yang terjejas di negara- negara seperti Syria, Iraq, Palestin, Afghanista­n atau Sudan Selatan,” katanya.

Baginda menyeru masyarakat antarabang­sa mencari cara yang efektif untuk mengurangk­an pencabulan undang-undang kemanusiaa­n antarabang­sa secara terang-terang.

“Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang memusatkan perjuangan khusus untuk keamanan global juga boleh memainkan peranan efektif kerana mereka kurang terdedah kepada politik kuasa dan perlunya berpegang kepada nilai-nilai yang betul daripada segi politik,” titah baginda.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia