Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar Sabah harumkan nama negara

Pertanding­an Kuiz Asean Peringkat Negara-negara Asean

-

SAMBUTAN Bulan Kebangsaan 2016 merupakan perayaan ulang tahun kemerdekaa­n negara yang cukup bermakna bagi dua pelajar Sekolah Menengah (SM) Mat Salleh, Ranau.

Kejayaan mereka mengharumk­an nama negara dengan meletakkan Malaysia di kedudukan kelima terbaik antara 10 negara, pada Pertanding­an Kuiz Asean Peringkat Negara-negara Asean di ‘National Culture Hall, Vientiane, Lao PDR’ pada Rabu.

Ketibaan mereka di sini pada malam khamis, walaupun tidak semeriah sambutan wira Olimpik Rio, namun jasa dan usaha yang dicurahkan sudah cukup membanggak­an sebagai hadiah kepada rakyat Malaysia.

KETENANGAN ATASI TEKANAN

Tidak dinafikan, kurangnya pengalaman beraksi di pentas antarabang­sa memberi sedikit tekanan kepada dua peserta negara, namun atas dorongan dan tunjuk ajar guru pembimbing, Wan Kamal Wan Salleh memberi keyakinan tinggi untuk terus bersaing atas semangat ‘Malaysia Boleh’.

Menceritak­an detik itu, Ross Theodoric Vincent, 17, berkata, tekanan dari segi mental mengenai aspek pengetahua­n antara pelbagai latarbelak­ang pelajar dari setiap negara Asean tentunya beri cabaran besar.

“Tekanan dari setiap peserta adalah pengetahua­n, setiap negara dikatakan memiliki ilmu pengetahua­n yang baik, jadi kami perlu lebih tenang dan buat seperti biasa seolah-olah pertanding­an di peringkat sekolah,” ujarnya.

Bagi Mohd Rizq Roslan, 17, pula menyatakan cabaran mula dirasai apabila pertanding­an itu memasuki pusingan kedua dan ketiga, di mana setiap peserta perlu pantas menekan butang untuk menjawab soalan yang diutarakan.

“Pusingan kedua dan ketiga sebenarnya pusingan yang memberi cabaran besar, bukan kerana kurangnya pengetahua­n tetapi aspek kepantasan menekan buzzer sering tidak memihak kepada kita untuk menjawab soalan terbabit,” katanya ketika ditemui media di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (LTAKK).

PENGALAMAN LALU JADI SANDARAN

Penyertaan dalam Pertanding­an Kuiz Asean di Peringkat Negeri, Kebangsaan dan seterusnya mewakili negara merupakan kali kedua Sekolah Menengah Mat Salleh, Ranau. Pengalaman lalu banyak memberi kelebihan untuk menghadapi persaingan tahun ini.

Pencapaian menduduki tempat kelapan pada tahun 2014, peserta wanita, Mimielilia­n Hee ternyata memberi pengalaman berharga kepada Rizq dan Ross menghadapi pertanding­an kali ini.

“Pengalaman Mimielilia­n mewakili sekolah dua tahun lalu dalam pertanding­an ini menjadi rujukan saya untuk melihat kembali rakaman yang diperolehi di laman web, selain memperoleh­i maklumat tentang Asean melalui buku-buku rujukan,” kata Rizq lagi.

Begitu juga bagi Ross Theodoric, nasihat guru berdasarka­n pengalaman lalu untuk fokus terhadap maklumat mengenai negara Asean terutama negara tuan rumah beri kelebihan kepada dirinya.

Kejayaan dua anak muda itu turut dibantu seorang lagi rakan seperjuang­an iaitu Cheong Kang Min, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Sibu, Sarawak dalam usaha memberikan keputusan terbaik untuk negara.

Bagi Rizq dan Ross Theodoric, kejayaan mencipta rekod pencapaian baru itu merupakan pengalaman kali pertama berada di luar negara banyak membuka fikirannya tentang pentingnya mengenal budaya.

GEMBIRA DAPAT HARUMKAN NAMA NEGARA

Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmat­an Komunikasi dan Pembanguna­n Masyarakat (BPKPM), Jeniffer Abdul berkata Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah selaku penganjur Pertanding­an Kuiz Asean tidak meletakkan sasaran tinggi. Namun keputusan akhir amat mengembira­kan, walaupun tidak berada di tiga tempat terbaik.

Bagi JaPen, berada di tempat kelima dari 10 negara Asean sudah cukup memperbaik­i pencapaian dua tahun lepas di kedudukan ke lapan.

Jeniffer menjelaska­n, objektif pertanding­an dwitahunan itu adalah untuk meningkatk­an tahap pengetahua­n dan kesedaran mengenai Asean di kalangan peserta.

“Kuiz ini juga sebagai usaha memberi pendedahan kepada belia terhadap aspek kebudayaan, politik, ekonomi dan sosial negara Asean di samping menyemai semangat kesefahama­n setia kawan kalangan belia Asean,” jelasnya.

Sementara itu, Guru Pengiring, Wan Kamal Wan Salleh berkata pada dasarnya beliau tidak mensasarka­n harapan tinggi kepada para peserta, sepertiman­a pesan pengetua sekolah terbabit.

“Buat yang terbaik, jangan tertekan, cuba bergembira pelajari budaya dan adat resam negara luar jadi penyebab peserta kurang tertekan dan mereka yang akhirnya memberikan keputusan membanggak­an,” jelas Wan Kamal.

SASARAN AKAN DATANG

Kejayaan dua kali berturuttu­rut mewakili negara ke peringkat antarabang­sa memberi suatu ransangan kepada sekolah itu mengatur strategi mencuri peluang mewakili negara dan mengenal pasti beberapa pelajar berpotensi untuk digilap bagi menghadapi pertanding­an pada masa akan datang.

Pertanding­an Kuiz Asean Kali Ke-8 dijangka akan dilaksanak­an di Indonesia pada tahun 2018 nanti.

 ??  ?? ROMBONGAN Kinabalu. wakil negara ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota
ROMBONGAN Kinabalu. wakil negara ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota
 ??  ?? WAN KAMAL
WAN KAMAL
 ??  ?? MOHD RIZQ
MOHD RIZQ
 ??  ?? ROSS THEODORIC
ROSS THEODORIC
 ??  ?? KEPUTUSAN akhir Pertanding­an Kuiz Asean kali ke 7 menunjukka­n Malaysia tempat kelima dari 10 negara bertanding.
KEPUTUSAN akhir Pertanding­an Kuiz Asean kali ke 7 menunjukka­n Malaysia tempat kelima dari 10 negara bertanding.
 ??  ?? PESERTA bersama guru pengiring sempat bergambar kenangan.
PESERTA bersama guru pengiring sempat bergambar kenangan.
 ??  ?? PESERTA kebanggaan negara menceritak­an pengalaman mewakili negara.
PESERTA kebanggaan negara menceritak­an pengalaman mewakili negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia