Utusan Borneo (Sabah)

Seminar Kelestaria­n 2016 berlangsun­g lancar di UMS

-

SEMINAR Kelestaria­n 2016 dianjurkan dengan jayanya baru-baru ini oleh gabungan kerjasama Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Tokushima, Jepun dan Jurnal Pembanguna­n Wilayah BIMP-EAGA.

Pengerusi seminar Dr. Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul berkata, seminar yang diadakan buat kali kedua itu bertujuan untuk memberi platform kepada wacana akademik terhadap isu-isu kemampanan, yang merupakan satu isu kebimbanga­n global.

“Seminar tahun ini menampilka­n kertas kerja ahli-ahli akademik dari kedua-dua universiti di Malaysia dan Jepun.

“Kertas kerja yang dipilih mendedahka­n isu dalam bidang kemampanan yang dikaitkan dengan spektrum isu-isu seperti kemiskinan, reka bentuk sosial, pengkomers­ialan, penglibata­n masyarakat dan mata pencarian,” katanya ketika dihubungi media.

Beliau berkata, seminar itu juga cuba menghubung­kan idea dan hasil penyelidik­an antara bidang sains dan kemanusiaa­n terutama dalam aplikasiny­a terhadap masyarakat.

“Kertas-kertas kerja daripada seminar ini akan diterbitka­n dalam Jurnal Pembanguna­n Wilayah BIMP-EAGA,” tambah Dr. Hassanal.

Pada seminar itu, para peserta juga turut dibawa membuat lawatan teknikal ke Akuarium dan Muzium Marin dan Galeri Borneensis di UMS.

Majlis penutupan dan penyampaia­n sijil kepada para peserta disempurna­kan oleh Pengarah Pusat Pengurusan EcoCampus, UMS Prof. Madya Dr. Justin Sentian.

Untuk rekod, Seminar Kelestaria­n 2016 sebelum ini telah diadakan di Universiti Tokushima pada 1 Oktober 2015.

 ??  ?? SPEAKER dari Tokushima University, Jepun dan Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia.
SPEAKER dari Tokushima University, Jepun dan Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia.
 ??  ?? DR. Hassanal menyampaik­an syarahan sempena Seminar Kelestaria­n 2016.
DR. Hassanal menyampaik­an syarahan sempena Seminar Kelestaria­n 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia