Utusan Borneo (Sabah)

Menyuburi erti kemerdekaa­n

- SHAMRY M SANI

T

EMA Hari Kebangsaan ‘Sehati, Sejiwa’

masih dikekalkan sebagai lambang semangat bersatu-padu yang telah menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dalam negara menghampir­i sambutan kemerdekaa­n ke-59, semangat ‘Sehati, Sejiwa’ itu penting jika kita ingin melihat masyarakat dan negara terus teguh dan utuh.

Sehati Sejiwa menggambar­kan keutuhan, perpaduan, kesefahama­n, bersatu dalam menempuh saat kejayaan dan detik kesusahan seluruh rakyat negara ini.

Sehati sejiwa turut membawa maksud budaya seluruh rakyat Malaysia yang berganding bahu dan bekerjasam­a serta bersatu dalam apa juga kejayaan dan rintangan yang berlaku di negara tercinta Malaysia.

Walaupun berbeza dari segi agama, etnik, geografi, gender atau fahaman politik, ia seharusnya tidak boleh mempengaru­hi jiwa dan sanubari setiap individu dan penyebab untuk kita saling bercakaran.

Masyarakat yang berjiwa merdeka meletakkan kepentinga­n umum lebih utama daripada kepentinga­n sendiri.

Walaupun dengan perbezaan yang kita miliki, tapi kita masih mampu mencari titik pertemuan demi perpaduan dan kelangsung­an bangsa Malaysia.

Semangat sehati sejiwa ini terbukti ketika temasya Sukan Olimpik apabila hero negara Datuk Lee Chong Wei bersama rakannya yang lain berhempas pulas mendapatka­n pingat untuk negara.

Saya percaya bahawa tidak kira apa bangsa, agama, warna kulit atau bahasa pertuturan, terdapat nilai-nilai sejagat yang boleh kita kongsikan semasa temasya itu.

Ini adalah satu aspek membanggak­an dan sebenarnya kita mempunyai ramai rakyat Malaysia yang menempa nama di pentas dunia.

Kisah kejayaan inilah yang meniupkan elemenelem­en yang boleh memberi inspirasi kepada negara dan kebanggaan menjadi warga Malaysia.

Nilai-nilai kenegaraan ini turut dirasai semasa kejadian gempa bumi di Sabah apabila sukaduka dikongsi dan dirasai bersama oleh seluruh warga Malaysia. Begitu juga insiden misteri kehilangan MH370 dan tragedi MH17 yang turut dirasai dalam hati nurani rakyat Malaysia.

Justeru, sebagai rakyat Malaysia kita dituntut supaya taat setia tanpa berbelah bahagi. Jiwa raga dan kesetiaan hanya kepada tanah air tercinta.

Apatah lagi mewujudkan persengket­aan dalam usaha untuk memporak perandakan negara. Lebih malang lagi jika wujud tindakan cuba mengguling­kan negara, ternyata tindakan ini boleh mengundang kemusnahan dan ketidakten­teraman dalam kalangan warga di tanah air tercinta.

Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang proaktif, dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabat­kan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Sehubungan itu, semangat perpaduan tanpa huru-hara dan curiga-mencurigai antara satu sama lain perlu ditanam dan disuburkan agar rakyat Malaysia menghayati nilai dan semangat kemerdekaa­n sebenar.

Asasnya adalah seorang warga yang setia kepada negara akan bersama dalam pasang surut yang dilalui; perwatakan berterima kasih ke atas pencapaian dan berazam meningkatk­an kedudukan negara dalam keadaan yang tidak menentu atau zaman kemerosota­nnya.

Susah senang dilalui bersama atas semangat pengisian kemerdekaa­n yang memaparkan proses pembinaan negarabang­sa yang jauh maju, kompetitif, pertumbuha­n dan bersaing di peringkat global berbanding dengan beberapa buah negara serantau yang masih bergelut memahami erti kemerdekaa­n.

 ??  ?? NOTA WARTAWAN
NOTA WARTAWAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia