Utusan Borneo (Sabah)

AMALKAN DASAR INKLUSIF

Dalam memperjuan­gkan agenda membela rakyat

-

KUDAT: Umno mesti terus mengamalka­n dasar inklusif sama ada sesama rakan politiknya dalam Barisan Nasional ( BN) mahupun kepada rakyat Malaysia secara keseluruha­n dalam memastikan agenda membela rakyat dan membangunk­an negara terus terlaksana, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri dan presiden Umno berkata sebagai contoh, jika di Sabah terdapat lebih 60 kumpulan etnik dan sub etnik, maka kesemua kumpulan etnik berkenaan perlu menjadi sasaran tanggungaw­ab Umno, BN dan kerajaan untuk memberi pembelaan.

“Saya sebut Umno mesti inklusif. Umno bukan lagi eksklusif... (isu) Mahkamah Adat negeri di Sabah saya sebagai perdana menteri beri peruntukan. Masalah Tanah Adat saya beri peruntukan dan banyak lagi supaya kita dapat merasakan bahawa Malaysia ini kita punya.

“Malaysia ini milik kita, tak kira siapa diri kita tetapi kita mesti ada perasaan kekitaan,” katanya ketika berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Zon 1 di sini kelmarin. Umno Zon 1 meliputi Bahagian Kudat, Kota Marudu, Kota Belud dan Tuaran.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Presiden Parti Bersatu Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan kesemua ketua Umno bahagian Zon 1.

Sambil menyatakan keazamanny­a untuk melihat hubungan akrab dan bersatu padu rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjun­g ‘bagai rambut bersimpul mati’, Najib berkata dengan adanya kekuatan kesepaduan rakyat Malaysia sedemikian, apapun cabaran yang datang akan mampu dihadapi dengan jayanya.

Bagaimanap­un, katanya, untuk merealisas­ikan hasrat itu, kestabilan politik perlu wujud dan di Sabah, kestabilan politik wujud sejak Umno secara rasmi bertapak di Sabah pada 21 Feb 2009 dan kini mempunyai kira-kira 546,850 anggota di 5,676 cawangan di semua 25 bahagian.

“Ini merupakan satu daripada ramuan kejayaan. Bila kita ada kestabilan politik, kita pula mesti berpegang kepada Umno dan BN sebagai penyatuan politik untuk rakyat negeri Sabah. Umno mesti perjuangka­n kepentinga­n semua kaum. Kita bukan parti komunal,” kata perdana menteri.

Najib berkata selain itu, keselamata­n dan kedaulatan Sabah mesti dipertahan­kan dan beliau memandang serius mengenai aspek keselamata­n serta kedaulatan Sabah.

Katanya meskipun tidak ada negara di dunia boleh memberi jaminan untuk bebas daripada sebarang ancaman 100 peratus, namun Malaysia setakat ini berjaya mengekang beberapa ancaman daripada berlaku atas perhatian serius kerajaan BN terhadap keselamata­n negara.

Najib menegaskan beliau akan terus mempertaha­nkan kedaulatan Sabah bagi memastikan potensi Negeri Di Bawah Bayu, terutama dalam sektor pelanconga­n yang kian berkembang pesat, dapat dibangunka­n seterusnya memberi limpahan nikmat kepada rakyat di negeri ini.

Perdana menteri berkata soal pembanguna­n, kebajikan dan untung nasib masa depan rakyat juga mesti dijaga dan rakyat tidak kisah mengenai isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) meskipun isu itu akan ditangani kerajaan kerana yang rakyat mahukan adalah kebajikan mereka sentiasa terpelihar­a.

Sementara itu, Najib memuji kepimpinan Umno Sabah di bawah teraju Musa kerana telah menjadikan Sabah sebagai negeri paling banyak anggota walaupun usianya paling bongsu jika dibandingk­an dengan Umno di negeri-negeri lain.

Katanya Umno Sabah bukan sekadar menjadi komponen Umno dengan jumlah keanggotaa­n terbesar malah Umno negeri berkenaan juga berjaya menerapkan dalam diri anggota dan kepimpinan­nya untuk berpegang kepada nilai setia kepada kawan sama ada dalam susah mahupun senang.

Mengenai tiga permintaan Umno Bahagian Kudat iaitu pembinaan sebuah sekolah menengah agama; pembinaan jalan pintas Bongkol-Telaga; serta memberi perhatian terhadap pembanguna­n Pulau Banggi yang merupakan pulau terbesar di negara ini, terutama dalam sektor pelanconga­n, Najib berkata beliau akan memberi pertimbang­an sewajarnya terhadap cadangan berkenaan. - Bernama

 ??  ?? PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno, bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Amansertap­erwakilanm­engangkat tangan sebagai sokongan padu terhadap parti selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Zon 1 di...
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno, bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Amansertap­erwakilanm­engangkat tangan sebagai sokongan padu terhadap parti selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Zon 1 di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia