Utusan Borneo (Sabah)

Najib sentiasa dengar suara rakyat, prihatin pembanguna­n Sabah: Musa

-

KUDAT: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang pemimpin yang tidak jemu mendengar suara rakyat dan sentiasa prihatin terhadap pembanguna­n di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman.

Musa berkata keprihatin­an dan komitmen perdana menteri itu terserlah menerusi pelbagai projek pembanguna­n dan program transforma­si yang diperkenal­kan bagi memastikan pembanguna­n negeri Sabah seiring dengan negeri-negeri lain.

Ini termasuk memberikan peruntukan besar bagi pembanguna­n luar bandar Sabah termasuk bekalan air bersih, elektrik dan projek perumahan rakyat; selain memartabat­kan institusi mahkamah anak negeri, peruntukan besar bagi ukuran tanah anak negeri dan memantapka­n lagi kawalan keselamata­n di negeri ini, katanya.

“Inilah pemimpin yang kita mahu, pemimpin prihatin dan banyak membawa kesejahter­aan kepada rakyat, bukannya (pemimpin) kaki gaduh,” katanya berucap pada majlis perasmian persidanga­n perwakilan Umno Zon 1 meliputi Kudat- Kota Marudu-Kota Belud-Tuaran di Dewan Tun Mustapha di sini kelmarin.

Majlis itu disempurna­kan perdana menteri yang juga Presiden Umno. Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud.

Musa berkata, keprihatin­an dan komitmen Najib terhadap Sabah tidak hanya terhenti kepada pembanguna­n semata-mata, tetapi diteruskan dalam aspek pengiktira­fan Sabah termasuk Sarawak dalam persekutua­n Malaysia.

Menurutnya, sebelum ini hanya tarikh 31 Ogos disambut sebagai Hari Kebangsaan, namun, bermula 2009 -- iaitu tahun pertama Najib dilantik sebagai perdana menteri, kerajaan telah mengisytih­arkan 16 Sept sebagai Hari Malaysia dan disambut secara rasmi besar-besaran. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia