Utusan Borneo (Sabah)

Jangan utamakan kepentinga­n diri

Ambil iktibar daripada kekalahan Umno di Selangor

-

KOTA BELUD: Para ahli Umno termasuk tiga sayap pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Kota Belud perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku terhadap parti di Selangor.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Noh Omar berkata Umno Selangor dahulu cukup kuat apabila memenangi 22 kerusi Parlimen dan 54 kerusi Dewan Undangan Negeri, hanya dua kerusi dimenangi pembangkan­g pada PRU 2004.

“Tetapi, inilah pengajaran dalam politik. Kita jangan rasa selesa, lupa kepada rakyat, berebut projek, mengutamak­an kepentinga­n diri kerana ia akan menghancur­kan parti.

“Ambillah iktibar daripada perkara ini, walaupun Selangor menang besar pada tahun itu, namun pada 2008 akhirnya kita kecundang di mana daripada 22 kerusi Parlimen kita hanya menang lima kerusi, dan daripada 56 kerusi DUN Umno hanya menang lima kerusi yang akhirnya Umno jadi pembangkan­g di Selangor.

“Justeru, jangan sesekali merasa selesa, terlalu ingin merebut kuasa, jangan bila ada kuasa kita berpecah belah kerana kekuatan Umno adalah terletak pada pegangan perpaduann­ya,” katanya ketika merasmikan persidanga­n serentak pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian P169 Kota Belud di Dewan Tun Said, pada Sabtu.

Tambah beliau, sesiapa pun boleh menjadi calon. Asal sahaja calon itu berdiri atas nama Barisan Nasional dia mesti disokong, pastikan calon itu menang.

Mengulas wujudnya gerakan menarik sokongan parti baharu di Kota Belud, beliau berkata tindakan itu silap memilih tempat kerana suasana perpaduan dan kekuatan Umno di daerah ini berbeza.

Noh Omar berharap ahli Umno terus bersama kepimpi- nan Umno Sabah kerana perjuangan utama parti bukan pada diri individu tetapi atas dasar perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Ketua Bahagian Umno Kota Belud dan Bendahari Agung Umno Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak; Pengarah Unit Pemimpin Pembanguna­n Sabah merangkap Naib Ketua dan Setiausaha Umno Bahagian Kota Belud Datuk Japlin Akim; Pembantu Menteri Pertanian dan Makanan merangkap Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Belud Datuk Musbah Jamli; dan Adun Kadamaian Jerremy Ukoh Malajad.

 ??  ?? NOH Omar bergambar kenangan bersama para ahli Persidanga­n dan Jawatankua­sa Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri Umno Bahagian Kota Belud.
NOH Omar bergambar kenangan bersama para ahli Persidanga­n dan Jawatankua­sa Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri Umno Bahagian Kota Belud.
 ??  ?? NOH Omar sempat melakukan pelepasan Kelab 4x4 Kota Belud sempena sambutan Bulan Kebangsaan selepas majlis perasmian itu.
NOH Omar sempat melakukan pelepasan Kelab 4x4 Kota Belud sempena sambutan Bulan Kebangsaan selepas majlis perasmian itu.
 ??  ?? NOH Omar menyampaik­an ucapan perasmian Persidanga­n Serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kota Belud.
NOH Omar menyampaik­an ucapan perasmian Persidanga­n Serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia