Utusan Borneo (Sabah)

400 pelajar baharu sudah mendaftar di UMSKAL

-

LABUAN: Hampir 400 pelajar baharu mendaftar di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) pada hari pertama sesi pendaftara­n yang diadakan di Dewan Utama, kelmarin.

Jumlah itu semakin menghampir­i sasaran kira-kira 700 pelajar baharu yang akan memasuki UMS Labuan bagi Sesi Pengambila­n Akademik 2016/2017.

Pengarah UMSKAL Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik berkata daripada jumlah itu hampir 600 orang adalah daripada Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL) manakala Fakulti Komputeran dan Informatik ( FKI) akan menerima seramai 110 pelajar.

Selain itu, katanya, UMS Labuan juga akan menerima kehadiran tiga pelajar antarabang­sa dari China, Vanuatu (1) dan Bangladesh (1).

“Sejak Dewan Utama dibuka seawal jam 8 pagi, pelajar baharu yang ditemani ibu bapa telah mendaftar dengan bantuan Ahli Jawatankua­sa Minggu Suai Mesra (MSM) dan Pembimbing Suai Mesra ( PSM). Sesi pendaftara­n itu berjalan lancar hasil kerjasama dan komitmen semua pihak termasuk ibu bapa yang datang dari Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia,” katanya.

Beliau ditemui di Dewan Utama untuk memantau proses pendaftara­n pelajar baharu pada semester kali ini.

Ketibaan pelajar baharu itu disambut di Lapangan Terbang Labuan dan Terminal Feri Antarabang­sa Labuan serta terminal feri kenderaan.

Turut berada di Dewan Utama memantau pendaftara­n pelajar baharu itu ialah Timbalan Pengarah Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal dan Ketua Sektor Hal Ehwal Pelajar Nur Iman Reedzal.

Rata-rata ibu bapa yang dtemui berasa teruja dengan suasana persekitar­an dan menarik di UMS Labuan yang berhampira­n pantai dan laut yang membiru.

Mereka berharap suasana tenang itu akan memudahkan anak-anak mereka menimba ilmu dan seterusnya menggengam segulung ijazah dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

Murnizam bagi pihak Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah mengucapka­n selamat datang kepada pelajar dan ibu bapa ke UMS Labuan dan Wilayah Persekutua­n Labuan amnya.

 ??  ?? MURNIZAM (dua dari kanan) yang diiringi Nur Iman (kanan) melihat pelajar baharu mendaftar di UMS Labuan, kelmarin.
MURNIZAM (dua dari kanan) yang diiringi Nur Iman (kanan) melihat pelajar baharu mendaftar di UMS Labuan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia