Utusan Borneo (Sabah)

Tawfiq selar tindakan golongan terdesak

-

TAWAU; Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menyelar tindakan golongan yang terdesak sehingga sanggup memainkan sentimen untuk menanam bibit kebencian dalam kalangan rakyat.

Katanya pelbagai isu dijadikan agenda untuk mempengaru­hi rakyat seperti Sabah untuk Sabah, menuntut hak tanpa merujuk perlembaga­an selain menanam sukap prajudis terhadap sesuatu kaum di negeri ini.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Merdeka Raya Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Andrassy di Dewan Serbaguna Blok 31 Tawau.

Menurutnya sebagai sebuah negara yang merdeka, semua kaum tidak boleh menafikan bahawa keamanan yang dinik- mati kini adalah hasil perpaduan seluruh rakyat yang cintakan negara. Sehubungan itu, isu berkenaan seharusnya tidak timbul dan perlu ditolak oleh rakyat.

“Peristiwa Tanduo merupakan bukti bahawa pengorbana­n pasukan keselamata­n yang bukan berasal dari negeri ini sanggup berkorban nyawa bagi memastikan kedaulatan negara terpelihar­a,” katanya.

Terdahulu, Speaker Dewan Undangan Negeri yang juga Adun Balung Datuk Syed Abbas Syed Ali turut mengingatk­an masyarakat yang tinggal di luar bandar agar tidak mudah terpengaru­h dengan pihak yang cuba memburuk- burukkan kerajaan, sebaliknya mereka perlu bersyukur dengan nikmat pembanguna­n yang telah mereka kecapi selama ini.

Pada majlis itu, kira-kira 30 jawatankua­sa Umno di PDM Andrassy melafaz ikrar taat setia ke atas kepimpinan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Tawau.

 ??  ?? TAWFIQ menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang ketua cawangan Umno.
TAWFIQ menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang ketua cawangan Umno.
 ??  ?? TAWFIQ berucap pada majlis itu.
TAWFIQ berucap pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia