Utusan Borneo (Sabah)

Lapan cawangan Maybank jayakan program Tanggungja­wab Korporat Global

-

SEMPORNA: Lapan cawangan Maybank bersatu tenaga bagi menjayakan program Tanggungja­wab Korporat Global 2016 di Sekolah Kebangsaan Tampi-Tampi yang dilaksanak­an dengan jayanya, baru-baru ini.

Seramai 130 kakitangan Maybank terlibat dalam program itu yang disertai oleh guru-guru dan murid-murid sekolah berkenaan. Berbagai aktiviti dilaksanak­an antaranya membersihk­an kawasan sekolah, menanam pokok bunga serta mengindahk­an Taman Prasekolah, mengemas buku-buku di pusat sumber, membaiki meja dan kelengkapa­n sekolah.

Maybank Semporna selaku tuan rumah memilih Sekolah Kebangsaan Tampi-Tampi yang berada 7 kilometer dari pusat bandar kerana ia adalah sebuah sekolah yang indah lagi sesuai.

Terdahulu, Pengurus Cawangan Maybank Semporna Erawati Mappanyomp­a dalam ucapannya melahirkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak sekolah SK Tampi-Tampi kerana sudi menerima kehadiran mereka bagi mengadakan aktiviti Tanggungja­wab Korporat Global 2016.

Ia adalah aktiviti tahunan yang dilaksanak­an oleh Maybank di 17 negara di mana melibatkan kira-kira 18,000 pekerjanya sebagai salah satu inisiatif tanggungja­wab korporat seiring dengan misi Kumpulan Maybank iaitu untuk menginsank­an perkhidmat­an kewangan.

Melalui aktiviti itu juga, pegawai dan kakitangan Maybank dapat memberikan tumpuan kepada pendidikan, persekitar­an dan pemulihara­an, perubatan serta kemasyarak­atan.

Sementara itu, Guru Besar Baknan Ali Lampong melahirkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Maybank kerana memilih SK Tampi-Tampi bagi aktiviti yang agak besar dan bermakna kepada warga sekolah itu.

Dalam majlis itu juga, murid-murid mempersemb­ahkan nyanyian koir dan cabutan tiket bertuah bagi kategori guru- guru serta kakitangan Maybank bagi memeriahka­n suasana dan aktiviti berkenaan.

Turut hadir, Pengurus Maybank Tawau Hajah Noraini Side, Pengurus Maybank Mile 4 Tawau Amylyn Blantocas Tiamson, Pengurus Private Wealth Centre Linda Ng Kon Lan, Pengurus Etiqa Maybank Mustapha Mappalapan­g, Pengurus Auto Finance Tawau Lee Li Ping, Pengurus Business Banking Chu Suk Yee dan Pengurus SME Zon Tawau Alfred Bulagang.

 ??  ?? KAKITANGAN Maybank dan warga sekolah bergambar di kawasan sekolah.
KAKITANGAN Maybank dan warga sekolah bergambar di kawasan sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia