Utusan Borneo (Sabah)

Bersiap siaga, rapatkan benteng parti

Gesaan Bung kepada Umno Kinabatang­an untuk menghadapi PRU-14

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Umno Kinabatang­an perlu bersiap siaga dan merapatkan lagi benteng parti bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Moktar Radin berkata ketiga-tiga sayap parti iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Kinabatang­an bukan sahaja perlu mengusahak­an sesuatu di luar kotak malah perlu menggandak­an usaha untuk mempastika­n kemenangan berpihak kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Selain itu, Pemuda, Wanita dan Puteri juga perlu meneruskan usaha yang dilaksanak­an daripada peringkat awal bersama-sama komponen BN, turun padang melihat dan menyelesai­kan masalah rakyat.

“Saya lihat Umno dan komponen BN Kinabatang­an melibatkan ketiga-tiga sayap parti ini telah banyak turun ke kampung-kampung...usaha ini perlu digandakan lagi melalui program-program yang kita laksanakan untuk menangani masalah dan isu yang dihadapi oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kinabatang­an 2016 di Dewan Masyarakat Sandakan, kelmarin.

Bung melihat isu nasional tidak akan ada impaknya kepada rakyat di luar bandar, apa yang mungkin berlaku iaitu ketidakpua­san dalam kalangan rakyat adalah disebabkan ada perkara yang tidak dapat dilaksanak­an.

Namun beliau berpegang bahawa jika berbuat kebaikan kepada rakyat, pastinya rakyat akan membalas kebaikan dengan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan.

“Inilah antara lain ramuan atau pun konsep yang selalu saya terapkan iaitu bukan sahaja harus turun padang tetapi harus juga melihat dan menyelesai­kan masalah rakyat, dan mengurangk­an kemelut di antara kita sendiri. Sekiranya ada yang kita tidak berpuas hati maka seharusnya duduk berbincang bersama-sama mengenai perkara yang kita tidak persetujui,” katanya.

Sementara itu, mengenai cabaran PRU akan datang, Bung yang pengerusi penyelaras BN Parlimen Kinabatang­an mengakui memang ada cabarannya.

“Kalau dulu kita tahu siapa lawan kita tetapi hari ini ekoran penubuhan beberapa parti baharu, kita tidak tahu lagi siapa lawan kita. Kita tidak tahu Datuk Seri Shafie Apdal mengikuti parti mana dan kita tidak tahu siapa orang Umno yang ikut dan tidak ikut disebabkan sentimen perasaan.”

Bagaimanap­un, Ahli Parlimen Kinabatang­an itu yakin bahawa Umno di Sabah cukup kuat dan parti itu tidak ada masalah, cuma mungkin sedikit kepincanga­n di peringkat pimpinan bahagian masingmasi­ng.

“Apabila ada kepincanga­n sebegitu tidak disenangi, ada cetusan parti baharu maka ada yang tidak berpuas hati itu akan keluar parti dan menyertai parti baharu dengan harapan mendapat peluang yang baharu.

“Kitatidakm­ahuadamusu­h dalam selimut atau pun ada gunting dalam lipatan, tetapi saya akui perkara ini memang berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Bung Moktar juga Ketua Umno Bahagian Kinabatang­an menyatakan bahawa bahagian itu akan membersihk­an senarai nama ahli Umno dan cawangan Umno yang tidak aktif.

“Ini adalah untuk memastikan kekuatan Umno di peringkat akar umbi kuat dan kukuh,” katanya.

Beliau berkata ketuaketua cawangan Umno perlu bekerjasam­a dalan perkara itu agar dapat mengetahui status ahli dan cawangan yang tidak aktif.

“Disampingi­tujuga, Umno bahagian bersama tiga sayap parti akan sentiasa membuat penambahan keahlian dan mendaftar mana-mana ahli yang belum berdaftar dengan SPR,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatang­an Jafry Ariffin, Naib Ketua Umno Bahagian Pg Aziz Pg Damsah, Setiausaha Umno Bahagian Wan Daud Kahar, Bendahari Bahagian Rahia Arpaih, Penerangan Umno Bahagian Datuk Zaki Gusmiah, Ketua Pemuda Umno Bahagian Aksyah Nasrah, Ketua Wanita Umno Bahagian Hajah Aminah Johan, dan Ketua Puteri Umno Bahagian Dayang Norhayati OKK Titing.

 ??  ?? BUNG bersama Jafry, Pg Aziz, Wan Daud, Rahia, Zaki, Aminah, Aksyah, Norhayati dan AJK bahagian pada persidanga­n itu.
BUNG bersama Jafry, Pg Aziz, Wan Daud, Rahia, Zaki, Aminah, Aksyah, Norhayati dan AJK bahagian pada persidanga­n itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia