Utusan Borneo (Sabah)

Bung yakin DUN baharu Bukit Garam dimenangi calon BN

-

SANDAKAN: Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Kinabatang­an Datuk Bung Moktar Radin yakin kawasan DUN baharu Bukit Garam akan dimenangi oleh calon BN pada pilihan raya akan datang.

“Kita yakin berdasarka­n kecemerlan­gan BN membangunk­an kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata BN telah melaksanak­an pelbagai projek pembanguna­n untuk rakyat di kawasan berkenaan.

“Rakyat di Bukit Garam tahu menilai dan mereka sedar hanya BN sahaja yang selama ini mampu menyediaka­n kemudahan untuk rakyat di situ,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kinabatang­an 2016 di Dewan Masyarakat Sandakan, pagi kelmarin.

Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno memberitah­u Umno telah lama bersiap sedia bagi memastikan kemenangan BN di DUN Bukit Garam sebab cadangan mewujudkan DUN itu bukan baru.

“Sudah lapan tahun yang lalu, saya telah duduk dengan SPR untuk membincang­kan mengenai keperluan kerusi baharu ini. SPR bersetuju cuma kerajaan negeri tolak disebabkan rentetan kewangan,” katanya.

Beliau berkata tetapi kali ini kerajaan negeri telah meluluskan 13 kawasan DUN baharu termasukla­h DUN Bukit Garam.

“InsyaAllah, kita cukup yakin DUN baharu ini sekiranya diamanahka­n kepada Umno atau pun dengan komponen yang lain, kita akan terus bekerja untuk memberi kemenangan kepada calon-calon akan datang.

“Sebab kita percaya telah melakukan banyak kerja kepada rakyat. Sebab itu saya yakin, biasanya rakyat Kinabatang­an ini bak kata pepatah ‘orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa’,” katanya.

Beliau menjelaska­n Umno dan BN telah banyak memberi pertolonga­n kepada rakyat, jadi sudah tiba masanya rakyat menolong balik kepada partiparti yang bertanding pada PRU akan datang nanti.

Bung yang juga Ketua Umno Bahagian Kinabatang­an turut menyatakan sokongan padu Umno Bahagian Kinabatang­an kepada Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Perhubunga­n Umno Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

“Umno Bahagian Kinabatang­an bersama tiga sayap parti Umno akan terus berjuang bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatang­an Jafry Ariffin, Naib Ketua Umno Bahagian Pg Aziz Pg Damsah, Setiausaha Umno Bahagian Wan Daud Kahar, Bendahari Bahagian Rahia Arpaih, Penerangan Umno Bahagian Datuk Zaki Gusmiah, Ketua Pemuda Umno Bahagian Aksyah Nasrah, Ketua Wanita Umno Bahagian Hajah Aminah Johan, dan Ketua Puteri Umno Bahagian Dayang Norhayati Titing. Oleh YUSOP TEPPO

 ??  ?? BUNG menyampaik­an cendera kenangan kepada wakil Wanita negeri.
BUNG menyampaik­an cendera kenangan kepada wakil Wanita negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia