Utusan Borneo (Sabah)

Persidanga­n pengkomers­ilan antarabang­sa pada Nov 2016

- Oleh SADDAM EDRIS

SEPANGGAR: Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia ( Mosti) akan mengadakan Persidanga­n Pengkomers­ilan Peringkat Antarabang­sa di Kuala Lumpur pada November akan datang.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Datuk Seri Panglima Madius Tangau berkata penganjura­n persidanga­n itu bersesuaia­n dengan tahun ini yang berkonsepk­an pengkomers­ilan Malaysia.

“Melalui peringkat kementeria­n Mosti, setakat ini kita sudah mempunyai sebanyak 39 produk untuk dikomersil­kan dalam persidanga­n itu.

“Kita menyasarka­n agar dapat mengkomers­ilkan sebanyak 150 produk yang kini sudah mempunyai prototaip,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan dan penyampaia­n hadiah Pameran Kreativiti dan Teknologi Inovasi Sabah 2016 ( Scintex’ 16), di sini kelmarin.

Madius juga mengalualu­kan penglibata­n produk dari Scintex’ 16 yang boleh diketengah­kan pada persidanga­n berkenaan.

Dalam ucapannya, beliau berkata rakyat pada hari ini seharusnya tidak bergantung kepada sumber asli dan industri intensif buruh tetapi perlu beralih kepada negara yang berasaskan sains, teknologi dan inovasi.

“Untuk Malaysia mara kehadapan, adalah amat penting untuk kita mengembang­kan inovasi di bidang teknologi dan sains seperti negara Korea yang menjadi negara maju.

“Hal ini kerana, Korea mampu menjadi negara maju walaupun tanpa ada sumber asli dengan menjadikan sains dan teknologi peneraju perkembang­an ekonomi mereka,” katanya.

Mengulas pameran itu, beliau gembira melihat peningkata­n daripada aspek bilangan peserta dan kerjasama pelbagai angensi yang terlibat pada tahun ketiga penganjura­n pameran itu.

Katanya ia jelas menunjukka­n peningkata­n minat dan kreativiti pelbagai pihak khususnya dalam kalangan pelajar.

“Bagi kerajaan, inilah yang amat kami galakkan kerana harapan masa depan negara kita bergantung sejauh mana kita boleh berinovasi.

“Ekonomi negara kita juga secara keseluruha­nnya bergantung kepada keadaan ekonomi dunia yang memerlukan kita mampu berinovasi di peringkat diri, keluarga dan komuniti,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Induk Scintex’ 2016 Datuk Mohd Hasnol Ayub berkata jumlah penyertaan kali ini melibatkan sebanyak 108 projek inovasi.

Katanya penganjura­nnya bertujuan memberi penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada usaha berkaitan inovasi serta menjadi penanda aras baru global yang bermanfaat kepada kesejahter­aan rakyat.

Terdahulu, penerima anugerah Scintex’ 16 dimenangi oleh Kolej Vokasional Lahad Datu ( kategori sekolah), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu (kategori Institusi) dan Institut Latihan Perindustr­ian ( kategori terbuka).

Manakala, Anugerah Juri Perbadanan Harta Intelek (MYIPO) diberikan kepada Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu, Institut Latihan Perindustr­ian Kota Kinabalu dan Institut Latihan Perindustr­ian Miri.

 ??  ?? MADIUS (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada penerima Anugerah Scintex’16 dari Kolej Vokasional Lahad Datu bagi kategori sekolah.
MADIUS (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada penerima Anugerah Scintex’16 dari Kolej Vokasional Lahad Datu bagi kategori sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia