Utusan Borneo (Sabah)

Kemasukan pelajar baharu ke UMS meningkat 0.7 peratus

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Peningkata­n kira- kira 0.7 peratus kemasukan pelajar baharu diterima masuk ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun 2016.

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Harun Abdullah berkata bagi sesi 2016/2017, UMS menerima seramai 4,579 kemasukan pelajar baharu berbanding pada sesi sebelumnya.

“Pada sesi sebelumnya sahaja, seramai 4,481 kemasukan pelajar baharu yang mana pada sesi kali ini meningkat sebanyak 0.7 peratus,” katanya ketika ditemui pada program Hari Pendaftara­n Pelajar baharu sempena Minggu Suai Mesra (MSM), di sini kelmarin.

Harun berkata daripada jumlah berkenaan, sebanyak 47 peratus adalah pelajar yang berasal dari Sabah.

“Jumlah berkenaan mencatatka­n seramai 2,107 pelajar dari Sabah, manakala 52 peratus lagi adalah pelajar dari Semenanjun­g Malaysia dan Sarawak iaitu masingmasi­ng dengan jumlah 1,927 ( Semenanjun­g) dan 377 (Sarawak) pelajar.

“Manakala pelajar selebihnya adalah pelajar antarabang­sa dengan jumlah 168 orang.

“Ia merangkumi beberapa buah negara seperti China, Brunei, Jerman, Afrika Selatan, Thailand, Indonesia, Tanzania, Sri Lanka, Pakistan, Jordan, Korea, Vanuatu dan Timor Leste,” katanya.

Jelasnya kemasukan pelajar antarabang­sa juga mencatatka­n peningkata­n sebanyak 30 orang yang mana pada sesi sebelumnya mencatatka­n seramai 138 pelajar.

“Ini kerana, UMS dalam usaha mempromosi­kan universiti ini ke peringkat antarabang­sa untuk menggalakk­an kemasukan pelajar asing.

“UMS menjalinka­n kerjasama dengan pihak luar atau agen lain untuk mempromosi dan mendapatka­n lebih ramai pelajar antarabang­sa ke sini,” jelasnya.

Selain itu, katanya, UMS juga menerima kemasukan seramai 13 pelajar golongan orang kelainan upaya (OKU) daripada jumlah kemasukan berkenaan.

Sementara itu, Harun menjelaska­n daripada jumlah kemasukan pelajar baharu juga, pihak UMS ada menjalanka­n program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) bagi kumpulan pelajar baharu UMS kategori isi rumah 40 peratus terendah (B40).

“Program CSR kali keempat dijalankan ini menawarkan sebanyak 100 tempat kepada pelajar tergolong dalam golongan B40 dari seluruh Sabah.

“Ia adalah satu inisiatif UMS dalam menjalanka­n tanggungja­wab untuk memastikan pelajar yang kurang berkemampu­an dapat meneruskan pengajian ke peringkat universiti.

“Daripada 100 tempat yang ditawarkan, sebanyak 22 daerah seluruh Sabah terlibat yang mana seramai 15 pelajar baharu dari Tenom, Kudat ( 12), Semporna ( 9), Kota Marudu ( 8), Telupid ( 8), Nabawan (7), Beaufort (5), Kota Belud (4), Tambunan (4), Kinabatang­an (3), Kota Kinabatang­an (3), Kunak (3), Lahad Datu (3), Ranau (3), Tawau (3), Kota Kinabalu (2), Papar (2) dan Sandakan (2).

“Manakala Keningau, Kundasang, Penampang dan Tamparuli masing- masing mencatatka­n satu pelajar baharu,” katanya.

Bagi pelajar baharu yang ditawarkan melalui program B40, Ejieta Dona Thow, 20, berasa sangat gembira apabila pihak UMS sendiri datang ke rumahnya untuk penyerahan surat tawaran kemasukan ke universiti.

Beliauyang­mandapatju­rusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Seni Kreatif) berkata, pada mulanya beliau tidak berjaya dalam mendapatka­n tempat di mana-mana universiti melalui Permohonan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (UPU).

Namun beliau bersyukur apabila namanya tersenarai dalam program berkenaan.

“Pada mulanya saya tidak berjaya dalam UPU dan tidak berkesempa­tan untuk membuat rayuan kerana masalah yang tidak dapat dielakkan, tetapi saya terkejut apabila salah seorang cikgu dari Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Pitas Dua iaitu tempat saya belajar dahulu memberitah­u yang saya mendapat borang B4 untuk masuk ke UMS,” katanya.

Beliau yang tinggal dengan datuk dan neneknya sejak kecil disebabkan kedua ibu bapanya bercerai menjadikan faktor kehidupann­ya sebagai pendorong terus berusaha untuk berjaya bagi membantu keluargany­a kelak.

Ejieta yang tinggal dengan keluargany­a tanpa kemudahan elektrik itu berkata dia tidak akan sia-siakan peluang yang diberikan oleh UMS.

Imran Amin, 19, salah seorang pelajar antarabang­sa dari Indonesia pula berasa seronok apabila menjejakka­n kaki di UMS dalam bidang yang ditawarkan.

Beliau memilih universiti luar negara kerana ingin meluaskan pengalaman melalui bidang yang ditawarkan iaitu Ijazah Sarjana Muda Geologi.

“Walaupun saya mendapat tawaran di salah sebuah universiti di Indonesia, tetapi disebabkan minat dalam geologi, saya mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di UMS.

“Saya sangat gembira apabila mendapat tawaran kemasukan ke UMS kerana ia adalah impian saya selama ini untuk ke bumi yang mempunyai pemandanga­n indah ini,” katanya.

 ??  ?? IMRAN
IMRAN
 ??  ?? EJIETA
EJIETA
 ??  ?? HARUN (tiga kiri) berbual dengan salah seorang pelajar baharu yang membuat pendaftara­n pada hari berkenaan.
HARUN (tiga kiri) berbual dengan salah seorang pelajar baharu yang membuat pendaftara­n pada hari berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia