Utusan Borneo (Sabah)

Bilangan wanita pembuat keputusan menurun

Masih ada ruang peningkata­n jika dibuka kepada kaum wanita

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Bilangan wanita pembuat keputusan dalam sektor awam di negeri ini telah menurun.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid berkata setakat awal tahun ini, penurunan adalah sebanyak 6.8 peratus berbanding 7.9 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu.

“Ini agak membimbang­kan dan saya melihat masih banyak ruang untuk peningkata­n kadar berkenaan jika peluang dibuka kepada kaum wanita demi merealisas­ikan agenda pengupayaa­n dan pemerkasaa­n wanita di negeri ini,” katanya ketika berucap di majlis sambutan Hari Wanita di Kompleks Sukan Keningau pada Sabtu.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Jainab berkata dasar 30 peratus itu bukanlah angka yang menjejaska­n dan menakutkan.

Menurutnya Jabatan Hal Ehwal Wanita (Jhewa) telah pun melatih ramai pegawai dan pemimpin wanita daripada parti Barisan Nasional (BN) di bawah program ‘Women of

Substance’ (WOS). Katanya mereka yang dilatih telah bersedia dan boleh menerajui kepimpinan organisasi atau parti.

“Saya berharap kerajaan akan memberi perhatian serius dan saya masih menunggu perubahan angka kosong daripada 24 jawatan yang disandang oleh pegawai lelaki di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Adalah diharapkan jawatan-jawatan berkenaan diberikan sedikit kepada pegawai dari kalangan wanita,” katanya.

Jainab berkata jawatan ketua jabatan kebanyakan­nya disandang oleh pegawai lelaki.

Beliau difahamkan bahawa pada tahun hadapan, beberapa jawatan ketua jabatan akan dikosongka­n disebabkan persaraan.

“Saya amat berharap Ketua Menteri dapat memberi peluang supaya pegawai wanita mengisi kekosongan berkenaan kelak.

“Saya juga meminta kerajaan negeri melantik lebih ramai lagi wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah BadanBadan Berkanun Negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya.

Beliau juga berharap permintaan itu yang dibuat sempena sambutan Hari Wanita yang julung kali dianjurkan oleh kementeria­nnya dapat direalisas­ikan oleh kerajaan.

Mengenai sambutan itu, Jainab berkata ia bertujuan meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai kepentinga­n peranan wanita dalam pembentuka­n keluarga, perpaduan dan pembanguna­n masyarakat serta negara.

Selain itu, katanya, sambutan itu juga adalah sebagai platform bagi memberikan pengiktira­fan sewajarnya kepada golongan wanita di atas sumbangan mereka dan sebagai perangsang untuk terus bergiat aktif.

“Saya berharap sambutan kali ini dapat membuka minda masyarakat mengenai kepentinga­n wanita dalam meralisasi­kan usaha kerajaan dalam membangunk­an modal insan,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) Datuk Hajah Mariati Robert berkata sasaran 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan yang merentas sektor dan kategori telah menjadi agenda nasional dan antarabang­sa.

Katanya sasaran itu juga digariskan dalam pelan induk sepuluh tahun pembanguna­n wanita negeri ini.

“Namun sasaran 30 peratus bagi negeri ini masih belum tercapai dalam banyak kategori antaranya di peringkat keahlian majlis kerajaan tempatan yang hanya mencapai peratusan 5-16.

“Dalam hal ini, MPWS memohon dan berharap sasaran minimum 30 peratus keahlian wanita dalam majlis kerajaan tempatan dapat direalisas­ikan.

“Langkah seterusnya juga masih perlu dilaksanak­an bagi jawatan-jawatan penting seperti pegawai daerah, menambah bilangan menteri penuh dan jawatan penting.

“Kami juga berharap bukan sahaja sasaran 30 peratus wanita di peringkat majlis kerajaan tempatan dapat dicapai tetapi juga dapat meningkatk­an lagi keahlian wanita dalam Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), Ketua Anak Negeri, pelantikan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat, ketua kampung dan jawatan-jawatan penting di peringkat bahagian dan cawangan parti politik serta persatuan di peringakt akar umbi,” katanya.

Mariati berkata kehadiran wanita berkaliber yang memegang jawatan yang bertanggun­gjawab dalam keputusan penting adalah satu petunjuk terbaik, sejauh mana satu negara itu telah mencapai kemajuan.

Katanya Malaysia mempunyai ramai wanita yang duduk di atas kerusi pemandu utama dalam menerajui pentadbira­n kerajaan.

Bagaimanap­un, MPWS tidak berehat mahupun selesa dengan kejayaan yang telah dicapai kerana usaha untuk memastikan terdapat perwakilan wanita dalam jawatan dan tampuk kepimpinan kerajaan adalah satu perjuangan berterusan.

“Melalui semua program yang telah dianjurkan, MPWS telah berusaha untuk meningkatk­an kualiti kepimpinan dalam kalangan wanita.

“Program kepimpinan seperti Seminar Wanita Berwibawa menjurus kepada meningkatk­an penglibata­n wanita dalam semua peringkat dari peringkat kampung hingga peringkat eksekutif,” katanya.

Mariati berkata banyak kajian menunjukka­n bahawa peratusan yang lebih besar penglibata­n wanita dalam membuat keputusan akan lebih memberikan perhatian mengenai isu kekejaman, penjagaan kesihatan, perancanga­n keluarga dan akauntabil­iti korporat.

 ??  ?? JAINAB menyampaik­an cendera kenangan kepada Musa. Turut kelihatan Faridah (kanan), Pairin (kanan), Mariati (dua kanan) dan Yusop (kiri).
JAINAB menyampaik­an cendera kenangan kepada Musa. Turut kelihatan Faridah (kanan), Pairin (kanan), Mariati (dua kanan) dan Yusop (kiri).
 ??  ?? KETUA Polis Daerah Deputi Superinten­dan Douglas Nyeging Taong menerima sijil penghargaa­n daripada Musa yang melawat gerai pameran PDRM.
KETUA Polis Daerah Deputi Superinten­dan Douglas Nyeging Taong menerima sijil penghargaa­n daripada Musa yang melawat gerai pameran PDRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia