Utusan Borneo (Sabah)

Terkejut kejadian dua beradik rentung Warga SMJK Ken Hwa dan SJKC Yuk Kong lahir rasa sedih

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Warga sekolah SMJK Ken Hwa dan SJKC Yuk Kong melahirkan rasa sedih atas insiden yang menimpa dua pelajar perempuan adik beradik yang rentung dalam insiden kebakaran pada awal pagi Sabtu.

Pengetua SMJK Ken Hwa Chong Nyuk Choon dan Guru Besar SJKC Yuk Kong Tan Choon How memberitah­u seluruh warga sekolah merasa terkejut atas kejadian itu.

“Memang kejadian yang tidak diduga ini amat memilukan kepada seluruh guru dan pelajar di sekolah ini atas insiden kebakaran yang berlaku dan mengakibat­kan pelajar dari sekolah ini dan SJKC Yuk Kong rentung dalam kejadian itu,” kata Chong ketika dihubungi Utusan Borneo di sini kelmarin.

Beliau menyifatka­n Vanessa Sim Suk Ling seorang murid yang pendiam dan berdisipli­n dan murid tingkatan tiga yang akan menduduki peperiksaa­n PT3.

Katanya seluruh warga sekolah berasa amat sedih atas insiden kebakaran yang berlaku ini.

“Kitaseharu­snyamengam­bil ikhtibar dan berhati- hati terhadap bangunan sekolah atau rumah yang diperbuat daripada kayu kerana mudah terbakar dan berisiko tinggi jika berlaku kebakaran,” katanya.

Sementara itu, Tan berkata seluruh warga sekolah sedih atas pemergian kedua mangsa, Jaslina Sim Suk Fun dan kakaknya Vanessa Sim Suk Ling dalam keadaan yang mengejutka­n.

Katanya mangsa terkorban pelajar Tahun Enam yang akan menduduki UPSR adalah budak yang bersopan santun dan rajin dalam pelajarann­ya.

“Seorang murid yang baik budi pekertinya. Kematianny­a merupakan satu kerugian dan kehilangan kepada sekolah ini.

“Rakan-rakan dan guruguru berasa simpati dengan kejadian ini yang amat malang. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi­nya,” katanya.

Tan berkata pihak sekolah telah menghantar bantuan dan sumbangan daripada guru- guru dan anggota khidmat pelaksana kepada keluarga mangsa dan sedang mengadakan kutipan derma bagi membantu keluargany­a.

Pada kejadian jam 1.30 pagi Sabtu, dua pelajar perempuan adik beradik rentung dalam kebakaran membabitka­n sebuah rumah dua tingkat separa konkirt di Batu 27 Jalan Keningau-Tenom.

Dipercayai kedua- dua mangsa sedang tidur di tingkat dua rumah itu ketika kejadian berlaku.

Kedua-dua mangsa dikenali Vanessa Sim @Sim Suk Ling, 15, pelajar Tingkatan Tiga SMJK Ken Hwa dan adiknya Jaslina Sim Suk Fun, 12, pelajar perempuan Tahun Enam SJKC Yuk Kong.

Mangsa yang terselamat adalah bapa dan ibu mangsa, Sim Kea Fah @Johnny Sim dan Suinah Horum serta adikadik lelaki mangsa Jacky dan Jafry Sim.

Dalam pada itu, Chong telah memaklumka­n Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Masly Wahip dan Timbalanny­a Jamilah Talib selepas menerima maklumat daripada Tan berhubung kejadian itu.

Katanya Masly telah memaklumka­n kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Hajah Maimunah Suhaibul yang pada hari sama telah menghadiri Hari Wanita peringkat negeri di sini.

“Pihak sekolah bersama Maimunah telah menziarahi keluarga mangsa yang kini menumpang di rumah datuknya di Batu 27 bersebelah­an dengan rumah kejadian kebakaran itu.

“Pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri telah memberi sumbangan kepada ahli keluarga semasa menziarahi keluarga mangsa,” katanya.

Chong berkata turut bersama Maimunah semasa menziarahi keluarga itu termasuk wakil Pegawai Pendidikan Daerah Tini Ismail, warga SMJK Ken Hwa terdiri Penolong Kanan I Ouu Chu Suan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Ng Seew Sing, Penolong Kanan Kokurikulu­m Jailim Haris, Ketua Bidang Edna Lisa Lim, Clara, Che Ehsah, dan Biro Kebajikan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Lily Tham,

“Pihak PIBG telah menderma RM500, manakala derma perseorang­an daripada pentadbir sekolah, guru dan pihak sekolah akan menjalanka­n kutipan derma daripada murid pada hari esok (Isnin),” katanya.

Katanya pihak sekolah juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada Maimunah, Haji Said Andong, Tini Ismail dan semua pihak yang turut hadir dan menziarahi keluarga mangsa.

 ??  ?? MAIMUNAH (dua kanan) memberikan kata-kata semangat kepada ibu mangsa, Suinah yang dalam kesedihan amat. Turut kelihatan Chong (berdiri, kiri) dan Tan.
MAIMUNAH (dua kanan) memberikan kata-kata semangat kepada ibu mangsa, Suinah yang dalam kesedihan amat. Turut kelihatan Chong (berdiri, kiri) dan Tan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia