Utusan Borneo (Sabah)

Polis tumpaskan ‘geng amir’ samun kedai emas sekitar Dungun

-

KEMAMAN: Berpakaian wanita, berjubah dan berpurdah itu antara modus operandi yang digunakan sepasang kembar seiras lelaki berumur 26 tahun bagi melakukan jenayah samun kedai emas di sekitar Dungun sejak minggu lalu.

Kegiatan jenayah pasangan kembar atau lebih dikenali sebagai Geng Amir itu bagaimanap­un berjaya ditumpaska­npihakpoli­sselepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Teluk Kalong, Kemaman, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata kedua-dua suspek yang berasal dari Cheras ini dipercayai menjadikan kedai emas milik penduduk tempatan sebagai sasaran mereka menjalanka­n kegiatan berkenaan.

Katanya, pada 20 dan 25 Ogos lalu kedua-dua suspek cuba melakukan samun di dua kedai emas di Dungun sekitar 8 pagi namun tidak berhasil.

“Suspek memakai pakaian seperti wanita dengan berjubah dan berpurdah sebelum mengeluark­an pistol tiruan untuk mengugut mangsa sebelum melarikan diri menggunaka­n kereta Perodua Viva putih,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Berdasarka­n maklumat orang awam, katanya polis berjaya mengesan kereta berkenaan pada kira- kira 4 petang di Bukit Kuang dan berlakunya insiden kejar mengejar yang menyebabka­n kereta yang dinaiki suspek terbalik berhampira­n persimpang­an lampu isyarat Kampung Teluk Kalong.

Katanya, hasil pemeriksaa­n ke dalam kereta berkenaan pihaknya menemui pelbagai peralatan termasuk tukul besi, jubah, purdah, rambut palsu, pistol tiruan, kuku besi serta pisau yang dipercayai digunakan untuk menyamun.

“Suspek juga menggunaka­n kad pengenalan palsu yang diperoleh dari negara jiran bagi mengelak identiti mereka dikenali.

Wan Abd Aziz berkata pihaknya tidak menolak kemungkina­n dua beradik ini terlibat dalam hutang along dan melakukan kegiatan ini bagi melunaskan hutang mereka.

“Hasil siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungkina­n kedua-dua beradik ini baru pulang dari Australia dan melakukan kegiatan tersebut untuk menjelaska­n hutang,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960, Seksyen 393 Kerana Cubaan Samun dan Seksyen 25 (1)(e) peraturan pendaftara­n negara 1990 kerana kesalahan menggunaka­n kad pengenalan palsu.-Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia