Utusan Borneo (Sabah)

Premis ditutup jika abai kebersihan Pengusaha dapur asrama dan kantin sekolah akan dikompaun

-

PUTRAJAYA: Pengusaha dapur asrama dan kantin sekolah akan dikompaun atau premis ditutup sekiranya tidak mematuhi peraturan kebersihan seperti ditetapkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata selain pemeriksaa­n rutin, pihaknya juga telah meningkatk­an pemeriksaa­n ke atas kantin dan dapur asrama sekolah serta institusi pendidikan bagi menangani kekerapan kejadian kes keracunan makanan kebelakang­an ini.

Katanya untuk tempoh setahun hingga Jun lalu, sebanyak 30,314 pemeriksaa­n rutin telah dijalankan meliputi 24,280 kantin sekolah dan kantin institusi pendidikan, termasuk 6,034 dapur asrama di seluruh negara.

Dari pemeriksaa­n itu, sebanyak 261 arahan penutupan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 telah dikeluarka­n, katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Noor Hisham berkata melalui Operasi Premis Bersih pula, pihaknya telah melakukan pemeriksaa­n ke atas 1,063 premis sehingga 7 Jun lepas membabitka­n 757 kantin sekolah dan 306 dapur asrama sekolah di seluruh negara.

Beliau berkata sebanyak 18 atau 2.1 peratus arahan penutupan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 juga telah dikeluarka­n manakala 141 notis kesalahan mengikut Seksyen 32B, Akta Makanan 1983 telah dikeluarka­n kepada pengusaha kantin sekolah atau dapur asrama sekolah yang gagal mematuhi PeraturanP­eraturan Kebersihan Makanan 2009.

Di bawah PeraturanP­eraturan Kebersihan Makanan 2009, semua pengendali makanan diwajibkan menjalani latihan pengendali makanan dan mendapat suntikan vaksin anti tifoid, katanya.

Dalam perkembang­an sama, Noor Hisham memaklumka­n siasatan awal ke atas kes keracunan makanan melibatkan 70 pelajar Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA) Lahat, Perak pada Khamis lalu mendapati kari telur yang disediakan dari dapur asrama sekolah itu mengandung­i bakteria Salmonella spp.

Beliau berkata bakteria sama turut disyaki menjadi punca 12 pelajar Sekolah Sukan Malaysia Terengganu mengalami keracunan makanan selepas memakan ayam masak merah yang dihidangka­n sebagai menu makan malam oleh dapur asrama sekolah itu, Rabu lepas.

Untuk siasatan lanjut, kedua-dua premis ini juga telah diarahkan ditutup mengikut Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia