Utusan Borneo (Sabah)

Sayangilah negara, pertahanka­n kemerdekaa­n ini

-

KUALA NERUS: Lagu nyanyian wanita komunis semasa mendodoika­n anaknya yang bagaikan menanam semangat agar negara ini dirampas meskipun telah mencapai kemerdekaa­n, benar-benar merobek hati dan jiwa bekas komando Rejimen Gerak Khas Zainal Ariffin Mamat.

Hampir 40 tahun telah berlalu namun nyanyian dan lirik lagu itu masih terngiangn­giang serta menjadi igauan ngeri buat Zainal Ariffin, 61, yang pernah menyertai gerakan menjejak komunis di beberapa negeri termasuk Perak dan Kedah.

“Pernah satu ketika dalam operasi menentang komunis pada 1975 di Air Kala, Lenggong, Perak, terdengar seorang perempuan menyanyi ketika mendodoi anaknya di dalam buaian dengan katakata ‘tidurlah wahai anakku, satu hari besok, Malaysia kita punya’.

“Komunis telah menanam semangat untuk merampas negarainid­aripadapem­erintah sejak dari buaian lagi dan kini jika anak itu masih hidup, dia sudah berumur kira-kira 40 tahun,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Mengimbas semula perjuangan­nya menentang komunis, Zainal Ariffin yang lebih mesra dipanggil Pak Zainal, berkata semasa operasi di hutan Gubir, Kedah yang merupakan lubuk komunis, dua daripada 30 anggotanya telah terkena jerangkap samar dan terpaksa dihantar ke Hospital Alor Setar.

“Sepatutnya kita hantar mereka mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang, namun risikan mendapati di hospital itu ada pegawai perubatan yang prokomunis.

“Jika ada anggota tentera yang cedera perlu dipotong sedikit anggota badan, tetapi pegawai itu akan memotong lebih daripada yang sepatutnya. Jadi kita hantar ke Hospital Alor Setar,” katanya yang berkhidmat sebagai komando selama 19 tahun.

Pak Zainal berkata pada mulanya beliau menyertai Rejimen Askar Melayu Diraja ( RAMD) kerana terpengaru­h dengan bapa kemerdekaa­n Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj yang berusaha berjuang memerdekak­an negara ini dan selepas itu bertukar kepada pasukan komando dalam unit tempur.

Katanya ketika pilihan raya umum diadakan pada 1965, Parti Perikatan ( sekarang Barisan Nasional) menjadi tunjang pemerintah­an ketika itu dan beliau menjadi seorang daripada penyokong tanpa dipaksa.

“Suatu hari saya melihat sebuah helikopter berlegarle­gar di kawasan kampung Seberang Takir dengan membuang poster parti yang berlambang­kan perahu layar itu dari udara sebagai kempen pilihan raya.

“Saya pergi memungut poster yang dibuang itu dan mengumpuln­ya sehingga seguni dan poster- poster itu saya tampal di segenap dinding rumah nenek,” kata Pak Zainal, yang semasa kecil tinggal bersama neneknya di rumah berdinding­kan buluh di kampung nelayan Seberang Takir.

Bersempena Hari Kemerdekaa­n ke- 59 yang akan tiba beberapa hari lagi, Pak Zainal berharap golongan muda yang menjadi pewaris negara mampu memelihara dan menjaga keamanan yang telah dikecapi selama ini.

“Ini negara tanah tumpah darah... saya sedia berjuang jika dikerah demi mempertaha­nkan tanah pusaka yang tercinta ini. Rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga kerana kebijaksan­aan pemimpin kerajaan mentadbir.

“Negara ini berada dalam keadaan aman dan harmoni berbanding negara lain yang sama usia kemerdekaa­nnya tetapi masih berada dalam keadaan tidak membangun,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia