Utusan Borneo (Sabah)

Projek ‘sentuh hati’ rakyat antara dicadang dalam Bajet 2017

-

JEMPOL:Projek pembanguna­n yang segera dan ‘menyentuh hati’ masyarakat luar bandar adalah antara dicadangka­n dalam Bajet 2017, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata fokus utama projek berkenaan adalah bagi melengkapi keperluan asas meliputi soal pembinaan dan pelebaran jalan raya, pemasangan tiang lampu serta kemudahan air bersih dan elektrik.

“Saya sudah mencadangk­an supaya projek luar bandar untuk bajet ini perlu ditambah kerana kita tahu banyak lagi perkara diperlukan masyarakat luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak.

“Saya mencadangk­an kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), kalau boleh peruntukan yang akan dibentangk­an nanti, mungkin kita tidak fokus kepada projek besar, tapi lebih kepada projek dekat kepada masyarakat luar bandar...yang menyentuh hati rakyat dan tak perlu tunggu lama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Jempol, yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian berkenaan Senator Datuk Mohd Salim Sharif, di sini kelmarin.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata dalam Bajet 2016, kementeria­nnya diberi peruntukan RM10 bilion dengan RM5 bilion untuk perbelanja­an pembanguna­n, manakala baki bagi perbelanja­an mengurus.

“Daripada jumlah peruntukan itu juga, 50 peratus diberi kepada Sabah dan Sarawak manakala baki untuk Semenanjun­g. Saya harap peruntukan untuk tahun depan akan bertambah,” katanya.

Mengenai penubuhan Mara Digital Mall di Negeri Sembilan, beliau berkata ia akan dibuka di bangunan Majlis Amanah Rakyat ( Mara) sedia ada di Seremban, dalam tempoh terdekat.

“Setakat ini lokasi telahpun dikenal pasti dan kita dalam proses untuk mereka bentuk. Kita akan buka di Seremban dulu, kemudian baru di Seremban 2,” katanya.

Mara Digital Mall merupakan pusat tumpuan orang ramai untuk mencari pelbagai barangan IT, elektronik, dan produk elektrik.

Mengenai permohonan Umno Jempol agar diwujudkan Pusat Transforma­si Luar Bandar ( RTC) di sini, Ismail Sabri berkata pihaknya kini menunggu kelulusan daripada Felda untuk membolehka­n pusat itu beroperasi. - Bernama

 ??  ?? TENGKU Adnan (kanan) memberi kata-kata semangat kepada para peserta Kayuhan Patriotik selepas melepaskan acara Merdeka Kayuhan Patriotik Fun Ride 2016 kategori 30KM dan 10KM di Presint 3 kelmarin. - Gambar BERNAMA
TENGKU Adnan (kanan) memberi kata-kata semangat kepada para peserta Kayuhan Patriotik selepas melepaskan acara Merdeka Kayuhan Patriotik Fun Ride 2016 kategori 30KM dan 10KM di Presint 3 kelmarin. - Gambar BERNAMA
 ??  ?? ISMAIL Sabri (tengah) mengibarka­n Jalur Gemilang bersama para Perwakilan pada Majlis Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Jempol kelmarin. -Gambar BERNAMA
ISMAIL Sabri (tengah) mengibarka­n Jalur Gemilang bersama para Perwakilan pada Majlis Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Jempol kelmarin. -Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia