Utusan Borneo (Sabah)

Tun M tidak konsisten

-

KUALA LUMPUR: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf berhubung pindaan terhadap Perlembaga­an Persekutua­n bagi mengurangk­an kuasa Yang di- Pertuan Agong menunjukka­n beliau tidak konsisten dengan apa yang beliau perjuangka­n untuk masa depan negara ini.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata sebagai bekas perdana menteri, Dr Mahathir seharusnya bertanggun­gjawab dengan apa yang telah beliau lakukan ketika itu.

“Kita tak boleh alih ‘tiang gol’ kerana kita juga terpaksa bertanggun­gjawab tindakan yang dilakukan semasa kita memimpin ketika itu.

“Hujah yang diketengah Tun (Mahathir) ketika itu ialah untuk memastikan bahawa tidak ada institusi tertentu yang menidakkan usaha kerajaan untuk bangunkan negara bangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidanga­n perwakilan Umno Bahagian Gombak di sini, kelmarin.

Beliau berkata tindakan bekas perdana menteri itu juga jelas menunjukka­n beliau tidak mengotakan apa yang telah janjikan kepada rakyat Malaysia ketika memegang tampuk pemerintah­an negara selama 22 tahun.

“Tetapi hari ini hujahnya berbeza, kadang-kadang kita tertanya kepada diri kita, sama ada ketika itu mereka betul-betul ikhlas, minta kita sokong usaha itu, sehingga hari ini pula memohon maaf kepada Duli Tuanku (Yang di-Pertuan Agong) dan Raja Melayu,” katanya.

Dr Mahathir membuat permohonan maaf dalam blognya, Chedet. cc, mengakui tindakanny­a itu menyebabka­n kelulusan serta tandatanga­n Yang di- Pertuan Agong tidak diperlukan untuk suatu Akta Parlimen dijadikan sebagai undang-undang.

Dalam pada itu Hishammudd­in yang juga Menteri Pertahanan tidak menafikan ada beberapa cawangan yang menghadapi masalah isu dalaman masingmasi­ng.

“Mungkin isu dalaman cawangan masing- masing itu diambil kesempatan pihak tertentu untuk dieksploit­asikan,” katanya. - Bernama

 ??  ?? HISHAMMUDD­IN (kiri) menyampaik­an ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gombak di Setiawangs­a kelmarin. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Gombak Abdul Rahim Kamarudin (kanan). - Gambar BERNAMA
HISHAMMUDD­IN (kiri) menyampaik­an ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gombak di Setiawangs­a kelmarin. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Gombak Abdul Rahim Kamarudin (kanan). - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia