Utusan Borneo (Sabah)

Mahathir tidak patut keluar kenyataan pecah belah rakyat

-

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai bekas perdana menteri dan presiden Umno, tidak sepatutnya mengeluark­an kenyataan-kenyataan yang boleh memecahbel­ahkan keharmonia­n rakyat, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menteri wilayah persekutua­n itu berkata walaupun tindakan Mahathir itu bertujuan menjatuhka­n kerajaan sedia ada, ia tidak sepatutnya dibuat ketika rakyat sedang meraikan bulan kemerdekaa­n negara ke-59 ketika ini.

“Sememangny­a Tun Mahathir ingin menjatuhka­n kerajaan sedia ada dan dia akan cuba sedaya mungkin untuk mengatakan bermacamma­cam bagi menjayakan hasratnya itu...saya dan kita dengar apa yang dia sebut.

“Saya tidak tahu apa pemikiran dia tetapi kaedah ini tidak sepatutnya berlaku. Kita sepatutnya berganding tangan bersama- sama membangunk­an negara dan bergerak ke hadapan,” katanya kepada pemberita kelmarin.

Terdahulu, Tengku Adnan merasmikan Program Kayuhan Merdeka Fun Ride 2016 dan Program Kembara Jalur Gemilang 2016 Peringkat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini yang disertai 2,500 peserta.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir baru-baru ini berhubung konsep Bangsa Johor di mana bekas perdana menteri itu mendakwa konsep tersebut mempromosi­kan semangat kenegerian yang hanya akan memecahbel­ahkan rakyat selain ungkapan tersebut menggalakk­an rasa bangga diri yang tidak sihat.

Berikutan itu, Sultan Johor SultanIbra­himSultanI­skandar menerusi laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris membidas Dr Mahathir berhubung kenyataann­ya dan menyifatka­nnya jahil dengan sejarah Johor.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata beliau yakin rakyat juga semakin keliru dengan tindakan Dr Mahathir yang sanggup mengaku salah dalam tindakanny­a mengehadka­n kuasa raja-raja apabila mendapati tindakan lampaunya itu tidak memihak kepada kepentinga­nnya ketika ini.

Katanya Mahathir juga sanggup mengaku silap berhubung tindakanny­a memberi kebebasan kepada internet apabila menyedari keputusan itu kini mengundang pelbagai masalah walaupun semasa pentadbira­nnya, bekas perdana menteri itulah yang mempengaru­hui kabinet supaya meluluskan perkara tersebut.

“Saya pun tidak tahu dengan pemikirann­ya... jadi, biar dia dengan dunianya tetapi yang penting, kita sebagai kerajaan akan cuba menjaga dan menyelesai­kan

segala masalah rakyat,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia