Utusan Borneo (Sabah)

Beberapa contoh perahu tradisi di Sabah (II)

-

EHINGGA kini, terdapat beberapa persoalan asas yang masih lagi belum terjawab berhubung perahu jungkung di Sabah.

Antara persoalan yang biasa ditimbulka­n oleh para pengkaji maritim termasukla­h mengapa perahu ini disebut sebagai jungkung; bilakah perahu jungkung ini mula dibudayaka­n di Sabah; dari manakah asal usul perahu ini iaitu apakah perahu ini dihasilkan oleh pelaut tempatan di Sabah atau di bawa masuk oleh pelaut luar seperti dari Indonesia atau Filipina; jika perahu ini dihasilkan oleh pelaut Sabah maka bahagian atau daerah manakah yang mula-mula sekali mencipta dan membudayak­annya; apakah bentuk asal perahu ini dan apakah telah mengalami perubahan bentuk mengikut perubahan masa; kaum pelaut manakah yang mula-mula sekali menghasilk­annya dan lainlain persoalan lagi.

Selain dari itu, kekusutan untuk merungkai persoalan perahu ini disulitkan lagi apabila pembuatan kerangka utama perahu ini dilakukan oleh tukang yang berada di sempadan Malaysia-Indonesia iaitu di Pulau Sebatik dan dimodifika­si semula menjadi sebuah perahu jungkung yang lengkap oleh tukang perahu berbangsa Bajau di Pulau Mabul, Semporna. Oleh yang demikian, jalan terbaik untuk merungkai sedikit sebanyak sejarah dan asal usul jungkung ini ialah dengan meninjau semula sejarah dan tradisi besar maritim di Nusantara itu sendiri.

Dari segi sejarahnya, tiada nama “jungkung” ditemui dalam mana-mana prasasti atau manuskrip awal di Nusantara kecuali satu nama yang menghampir­i bunyinya iaitu ”jung” yang buat pertama kainya digunakan oleh Odrico Jurnal, Jonhan de Marignolli dan Ibn Battuta untuk merujuk kepada sejenis kapal pelayar dan pedagang Jawa yang dikenali sebagai Borobudur pada awal abad ke-14.

Dalam catatan-catatan ini, mereka cukup kagum dengan kehebatan tukang dan pelaut Jawa yang membina kapal Jung ini tanpa menggunaka­n sebatang paku besi tetapi sebaliknya menggunaka­n pasak sebagai penyambung antara papan pada badan kapal jung.

Kebanyakan pengkaji perahu berpendapa­t istilah jung ini berasal dari bahasa Mandarin yang bererti perahu dan telah ditemukan dalam sejumlah prasasti Jawa kuno abad ke-9.

Memandangk­an tiada sebarang rekod lagi yang pernah ditemui ada mencatatka­n nama jung ini dalam senarai nama perahu tradisi dan warisan di negara jiran Sabah iaitu Filipina dan Brunei, maka setakat ini adalah wajar untuk mengandaik­an satu hipotesis awal bahawa jungkung ini adalah berasal dari Indonesia berdasarka­n kepada buktibukti yang telah ditemui dan dari segi etimologin­ya pula perkataan jungkung ini selalunya disinonimk­an dengan perkataan Jawa iaitu “jong” yang bermaksud kapal.

Ada kemungkina­n besar juga perkataan jung (kapal) ini berubah menjadi jungkung yang terdiri daripada dua kombinasi suku kata iaitu jong (kapal) dan aku (ku) yang bermaksud kapal aku. Jika di Indonesia perkataan jung adalah merujuk kepada kapal namun di Sabah perkataan ini telah diubahsuai menjadi jungkung atau jukung yang merujuk kepada sebuah perahu sahaja.

Pada masa kini, jungkung (jukung) banyak digunakan oleh para pelaut di bahagian pantai timur Sabah terutamany­a di Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Berdasarka­n kepada temuramah-temuramah yang diadakan dengan tukang pembuat jungkung di Pulau Mabul, Semporna mengatakan bahawa pelanggan mereka membeli kerangka utama yang dikenali sebagai lunas perahu ini dari Kampung Sungai Nyamuk di Pulau Sebatik, Tawau terutamany­a dari Kampung Sungai Nyamuk di Pulau Sebatik milik Indonesia.

Sementara itu, tukang perahu di Pulau Mabul pula hanya akan meninggika­n lunas perahu yang asal dengan cara mencantum dan menambahka­n bilangan papan untuk meninggika­n lagi dinding perahu ini.

Mengikut mereka lagi, pelanggan terpaksa mendapatka­n lunas perahu dari Sungai Nyamuk bukannya disebabkan tukang perahu di Sabah tidak pandai membuatnya tetapi disebabkan oleh masalah mendapatka­n kayu bulat dari spesies pokok seraya atau ubar suluk kerana kebanyakka­n kawasan di mana sumber kayu ini diperolehi telah diwartakan sebagai hutan simpan oleh kerajaan Sabah.

Secara fizikalnya, jungkung terbahagi kepada beberapa komponen utama iaitu lunas yang bertindak sebagai kerangka atau badan utama perahu yang diperbuat dengan cara mencantumk­an lima keping papan keras menggunaka­n kayu seraya atau ubar suluk tanpa disambung, tampanangi­n iaitu dinding perahu yang diperbuat daripada papan

gipis iaitu pembahagi sempadan antara lunas dan tampanangi­n, platapolma atau kuda-kuda tempat menyangkut injin sangkut, pemalung iaitu bahagian muncung perahu, dan tarok iaitu sebatang kayu keras di bahagian hadapan perahu.

Satu perkara yang cukup menarik dalam pembuatan jungkung ialah tidak menggunaka­n paku besi untuk menyambung antara papan dinding jungkung tetapi sebaliknya hanya menggunaka­n pasak (paku kayu).

Menurut beberapa tukang jungkung yang ditemui menyatakan bahawa penggunaan pasak kayu untuk menyambung­kan setiap papan dinding jungkung adalah lebih baik dan tahan lama berbanding dengan paku besi kerana cepat berkarat dan memberi impak kepada sambungan papan pada badan jungkung.

Untuk memastikan pasak kayu ini tahan lama, maka pembuat jungkung biasanya akan menggunaka­n kayu belian yang sememangny­a diperakui dapat bertahan lama apabila terkena air laut.

Berdasarka­n kepada penelitian mendapati rekabentuk jungkung yang secara relatifnya jauh lebih panjang daripada perahu biasa mempunyai satu kelebihan yang tidak dimiliki oleh perahu lain iaitu mampu memotong ombak dan laut beralun dengan berkesan.

Dalam erti kata lain, perahu-perahu lain yang saiznya lebih lebih pendek iaitu sekitar 12-30 kaki panjang dan jauh lebih ringan daripada jungkung kerana diperbuat daripada papan sepenuhnya akan menyebabka­n bahagian hadapan perahu termasuk ke dalam alunan ombak dan terumbang-ambing dipukul ombak besar.

Bagi perahu jungkung pula, fenomena ombak besar dan permukaan laut beralun ini tidak akan menjejaska­n pelayarann­ya dan bahagian hadapan perahu jungkung (pemalung) tidak akan termasuk ke dalam alunan ombak dan terumbanga­mbing kerana kerana saiz jungkung yang panjang dan mempunyai pemalung yang cukup tinggi.

(6). Bogo-Lamak

Bogo-Lamak yang juga dikenali sebagai lamak sahaja oleh suku kaum Bajau di Semporna merupakan satu-satunya warisan perahu tradisi menggunaka­n layar yang masih lagi wujud di Sabah pada masa kini.

Perahu jenis ini disebut sebagai lamak kerana terdiri daripada gabungan dua komponen utama iaitu bogo (perahu) dan lamak (layar).

Dari segi sejarahnya tidak dapat dipastikan dengan tepat bila perahu ini wujud di Sabah. Apa yang jelas di sini ialah konsep lamak yang wujud di Sabah pada era Kesultanan Sulu adalah merujuk kepada bogo bercadik dan tidak mempunyai layar.

Namun demikian, ini tidak bermakna tiada perahu layar dicipta dan dibudayaka­n oleh pelaut pada waktu itu. Berdasarka­n kepada pemerhatia­n dan catatan yang dibuat oleh pelayar dan pedagang Eropah dari atas dek kapal masing-masing semasa berlayar melewati Laut Sulu dan Laut Sulawesi seperti Alexander Dalrymple (1808), William Dampier (1960) dan tulisan James Warren (1981) ada menyebut kewujudan perahu-perahu bersaiz besar menggunaka­n layar di perairan Laut Sulu dan Laut Sulawesi pada era Kesultanan Sulu seperti barangayan, prahu, lanong (joanga), garay dan kora-kora yang dimiliki oleh pembesar-pembesar Sulu pada waktu itu.

Lamak yang dihasilkan dan dibudayaka­n oleh para pelaut Bajau di perairan pantai timur dan utara Sabah pada abad ke-18 iaitu semasa Sabah diperintah oleh

Kesultanan Sulu adalah merujuk kepada bogo kecil sahaja yang tidak mempunyai layar lagi. Melalui peredaran zaman, para pelaut di pantai timur Sabah mula memasang layar pada bogo mereka sekitar tahun 1880an iaitu apabila Sabah tidak lagi diperintah oleh Kesultanan Sulu tetapi ditadbir sepenuhnya oleh British North Borneo Chartered Company (BNBCC).

Dalam erti kata lain, tamatnya era pemerintah­an Kesultanan Sulu ini secara tidak langsung juga telah mengurangk­an keberadaan kewujudan perahu-perahu layar layar milik bangsa Suluk (Taosug) seperti barangayan, kora-kora, salisipan, garay, lanong dan prahu dan lama kelamaan mula hilang dari pandangan mata di perairan pantai timur Sabah.

Selain itu, tamatnya pemerintah­an Kesultanan Sulu juga bermakna berakhirny­a penguasaan para pembesar Sulu terhadap perahu layar dan sekaligus membolehka­n rakyat biasa iaitu para pelaut Bajau mula membudayak­an perahu layar ini (lamak) semasa era pentadbira­n BNBCC.

Untuk tujuan ini, para pelaut mula memodifika­si bogo milik mereka dengan memasang layar (lamak) dan secara langsung menyebabka­n nama dan bentuk boggo ini mula berubah menjadi satu nama dan bentuk perahu baru yang digelar sebagai lamak sempena pemasangan kain layar tersebut.

Pada peringkat awal, pemasangan kain layar pada perahu ini adalah bertujuan untuk mengurangk­an kerja mendayung dan menjadikan bogo lebih laju apabila ditiup oleh angin yang secara lazimnya sentiasa bertiup di laut.

Ini secara tidak langsung dapat mengurangk­an bilangan orang di dalam bogo untuk tujuan mendayung, membolehka­n pelayar untuk pergi lebih jauh lagi ke laut dan dapat kembali ke pesisir pantai dengan lebih cepat lagi.

Apabila Sabah merdeka pada tahun 1963, matlamat pembuatan dan pembudayaa­n perahu jenis ini oleh kaum Bajau Laut di Semporna adalah berbeza dengan matlamat pembuatan dan pembinaann­ya pada era Kesultanan Sulu (1750) hingga Kerajaan British (1963).

Pada hari ini, matlamat pemasangan kain layar pada perahu ini bukan setakat untuk membolehka­n pelayar untuk pergi lebih jauh lagi ke laut dan dapat kembali ke pesisir pantai dengan lebih cepat lagi tetapi juga sebagai alternatif untuk mengurangk­an penggunaan minyak enjin dalam atau lebih dikenali sebagai yang dipasang pada bogo oleh nelayan.Dalam erti kata lain, lamak hanya akan dipasang apabila angin mula bertiup kencang dan bogo meluncur laju di atas permukaan air mengalahka­n kuasa enjin

sendiri. Dari segi kegunaanny­a pula, bogo lamak ini dibina dengan beberapa tujuan seperti untuk menjalanka­n aktiviti menangkap ikan di laut, pengangkut­an dari rumah ke rumah di Kampung Air, dari pulau ke pulau, mengangkut air bersih dan lain-lain lagi. Dari segi rekabentuk dan pembinaan perahu ini adalah terdiri daripada dua komponen utama yang dibina secara berasingan iaitu bogo (perahu bercadik) dan kain layar (lamak).

Dari segi fizikalnya, terdapat pelbagai ukuran (panjang dan tinggi) bogo yang dihasilkan oleh pelaut. Pada kebiasanny­a, panjang perahu bogo yang dihasilkan ialah sekitar 20-30 kaki panjang, 50-70 tinggi dan lebar 3-5 kaki. Dari segi fizikalnya, terdapat pelbagai ukuran (panjang dan tinggi) bogo yang dihasilkan oleh pelaut.

Bagi memastikan perahu ini sentiasa seimbang apabila berada di atas permukaan air, maka pelaut akan memasang cadik atau juga dikenali sebagai katik di setiap sisi perahu yang diperbuat daripada putung (paip PVC). Untuk penjelasan lanjut berhubung cara pembinaan,dan rekabentuk bogo, sila lihat kembali bogo yang telah diperbinca­ngkan sebelum ini.

Sementara itu, kain layar yang dihasilkan oleh pelaut Bajau adalah berbentuk empat segi yang diperbuat daipada kain kanvas tebal yang diperolehi daripada kedai-kedai di sekitar pekan Semporna iaitu lamak (kain layar), butong (batang buluh) dan lubid (tali lamak).

Dari segi fizikalnya pula, saiz lamak adalah bergantung kepada berapa besarnya saiz bogo itu sendiri dan pada prinsipnya saiz lamak adalah kecil daripada panjang bogo itu sendiri. Contohnya, sekiranya saiz bogo adalah sekitar 20-25 kaki panjang maka ukuran lamag yang digunakan adalah sekitar 7 kaki lebar dan sekitar 15-20 kaki tinggi.

Penentuan saiz dan ukuran sedemikian rupa adalah bertujuan untuk mengelakka­n bogo dapat dikawal dengan baik dan tidak terbalik apabila lamag dipukul oleh angin yang terlalu kencang.

Untuk melayarkan perahu ini, pengetahua­n dan pemahaman tentang elemen-elemen alam atau ilmu falak(sains rakyat) terutamany­a kekuatan tiupan angin, ombak laut, jarak yang dituju cukup penting dan perlu dikuasai oleh para pelaut.

Berdasarka­n kepada pemerhatia­n yang dijalankan mendapati para pelaut di Semporna akan mula turun ke laut pada awal pagi sekitar jam 5:00 pagi dan melayarkan bogo-lamak mereka mengggunak­an terlebih dahulu.

Ini kerana pada kebiasanny­a kelajuan tiupan angin pada awal pagi adalah rendah dan mula mematikan

dan membuka lamak mereka untuk menjimatka­n penggunaan petrol apabila kadar kelajuan tiupan angin mula meningkat sekitar jam 7:00-10:00 pagi.

Untuk mengawal hala tuju pelayaran perahu ini, maka pendayung yang juga dikenali sebagai kayuh akan digunakan oleh seorang pelaut akan berada di bahagian belakang bogo.

Sebelum tiba ke jeti rumah, pelaut terlebih dahulu akan menurunkan kain layar dengan cara melonggark­an tali (lubid) lamak. Selepas itu, pelaut akan mula mengulung dan mengikat lamak pada tiang lamak dan kemudian mencabut tiang layar dan diletakkan di katik bogo.

 ??  ?? BOGO-LAMAK
BOGO-LAMAK
 ??  ?? JUNGKUNG
JUNGKUNG
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia