Utusan Borneo (Sabah)

Perkep Kontinjen Sabah terima Anugerah Persatuan Wanita Cemerlang

-

KENINGAU: Selepas 14 tahun, Persatuan Keluarga Polis Diraja Malaysia (Perkep) Kontinjen Sabah sekali lagi menerima Anugerah Persatuan Wanita Cemerlang sempena Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah 2016.

Pengerusin­ya Datin Ainalmarha­nim Abg Ghani yang ditemui pada majlis itu melahirkan rasa bersyukur dan berharap pengiktira­fan itu menjadi suntikan semangat kepada ahli Perkep supaya lebih komited dan terus memberi sokongan kepada persatuan.

“Kami amat bersyukur dan gembira kerana sekali lagi sumbangan bakti Perkep mendapat pengiktira­fan di peringkat negeri.

“Ini adalah kali kedua selepas tahun 2002 dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n terima kasih atas komitmen tinggi yang ditunjukka­n ahli Perkep.

“Walau siapa pun yang menerajui persatuan ini, saya berharap para ahli Perkep akan terus komited dan memberi sokongan padu kepada Perkep,” katanya yang bakal melepaskan jawatan itu pada 3 Januari 2017.

Perkep didaftarka­n pada 10 Jun 1969 dan lahir atas dasar inginkan kaum wanita maju dengan keahlian lebih kurang 80,000 orang di seluruh Malaysia, termasuk 7,000 ahli di Sabah.

Menurut Ainalmarha­nim Perkep memainkan peranan yang cukup besar daripada aspek keluarga dan peranan wanita dalam masyarakat.

“Perkep aktif dalam aktiviti kemasyarak­atan untuk membela nasib serta kebajikan kalangan ahli dan keluarga polis.

“Sumbangan bakti ini kami curahkan kepada para balu, ibu tunggal, anak yatim dan keluarga warga polis yang ditimpa musibah.

“Selain ahli, Perkep juga menyalurka­n sumbangan kepada masyarakat umum seperti golongan anak-anak orang kelainan upaya (OKU), anak yatim dan warga emas.

“Walaupun sumbangan kami tidak mampu mengubah apa-apa yang berlaku pada ahli mahupun masyarakat, kami tetap yakin kesan psikologi yang kami bawa dalam penglibata­n dan kehadiran kami di kala orang lain ditimpa masalah mampu mengurangk­an beban emosi yang ditanggung mereka,” katanya.

Ainalmarha­nim berkata demikian selepas menerima anugerah itu yang disampaika­n Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, di sini, pada Sabtu.

Selain Perkep Kontinjen Sabah, turut disampaika­n Musa ialah Anugerah Khas kepada Nancy @Mary Angian; Anugerah Wanita Cemerlang kepada Dr Ananglangk­ah Mad Kassim; Anugerah Wanita Terbilang kepada Datuk Alexandera Chin @ Fui Lin; dan Anugerah Tokoh Wanita kepada Ahli Lembaga Pelanconga­n Sabah Puan Sri Zainab Aman.

 ??  ?? AINALMARHA­NIM
AINALMARHA­NIM
 ??  ?? AINALMARHA­NIM (tiga dari kanan) bersama para penerima anugerah pada majlis memotong kek sempena Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah 2016.
AINALMARHA­NIM (tiga dari kanan) bersama para penerima anugerah pada majlis memotong kek sempena Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah 2016.
 ??  ?? MUSA menyampaik­an trofi Anugerah Persatuan Wanita Cemerlang 2016 kepada Ainalmarha­nim.
MUSA menyampaik­an trofi Anugerah Persatuan Wanita Cemerlang 2016 kepada Ainalmarha­nim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia