Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa perlu bekerjasam­a Menyokong penuh pelaksanaa­n program kerajaan di sekolah

-

RANAU: Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin menggesa supaya ibu bapa memberikan kerjasama dan sokongan yang padu kepada pelaksanaa­nsemuaprog­ram kerajaan yang disalurkan melalui sekolah.

Beliau berkata tanpa sokongan padu oleh para ibu bapa sudah pasti semua program khususnya yang berkaitan kemasyarak­atan seperti bergotong royong ataupun yang berbentuk pendidikan asas melalui penganjura­n seminar, bengkel, dialog dan sebagainya akan gagal.

Menurut beliau kesemua program yang kerajaan salurkan, sama ada berbentuk pembanguna­n infrastruk­tur, pembanguna­n mental, sukan ataupun kesihatan melalui sekolah, adalah semata-mata untuk faedah para pelajar itu sendiri.

“Jadi, jika ibu bapa tidak mengambil bahagian atau bekerjasam­a dalam menjayakan program berkenaan maka sudah tentu para pelajar yang merupakan anak-anak kita sendiri yang akan rugi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) Tibabar kali ke-45 di Dewan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, kira-kira 55 kilometer dari pekan, baru-baru ini.

Ewon berkata kerjasama baik antara ibu bapa dan pihak sekolah terutamany­a guru- guru dan kerajaan adalah kunci yang sangat berguna untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, terutama dalam misi sekolah itu sendiri untuk melahirkan lebih banyak graduan.

Terdahulu, Guru Besar Samsir Kasibun berkata majlis itu adalah untuk mengenang dan menghargai jasa serta pengorbana­n guruguru sekolah berkenaan sejak ia mula dibuka 45 tahun yang lalu.

Beliau sendiri adalah guru besar yang kesepuluh mentadbir sekolah berkenaan dan telah berkhidmat di situ sejak tahun 2010 lagi.

Ewon dalam ucapannya turut memaklumka­n bahawa beliau telah berbincang dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memperbaik­i jalan raya di zon Tibabar/ Timbua dan mengharapk­an agar pembaikan itu akan menjadi pemangkin pembanguna­n pendidikan kawasan itu.

Dalam lawatan berasingan di hari yang sama di Kampung Merungin 2, Ewon meminta penduduk di situ supaya menyelesai­kan permasalah­an pemilikan tanah mereka melalui program Pantas yang sedang dilaksanak­an oleh kerajaan melalui Jabatan Tanah dan Ukur Ranau.

Beliau melalui pegawaipeg­awai perhubunga­nnya di pejabat Parlimen Ranau akan sentiasa bersedia dari masa ke semasa untuk memberikan mana-mana bantuan yang berkaitan.

Beliau turut menggesa masyarakat di situ supaya memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada pemimpin peringkat kampung seperti pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) atau ketua kampung bagi menyelesai­kan masalah berkaitan.

Pada majlis itu, Ewon turut meluluskan peruntukan sebanyak RM35 ribu untuk pembaikan dewan PIBG, pembelian tilam asrama dan untuk menyimen lorong pejalan kaki sekolah berkenaan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pegawai Khas Parlimen Japirin Sahadi, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Ranau Razali Sumin, mantan guru besar sekolah itu Modi Atong, Yang Dipertua PIBG Jaikon Dualis, guru-guru dan pemimpin setempat.

 ??  ?? EWON ( kiri) menerima cenderahat­i daripada Samsir diperhatik­an Razali.
EWON ( kiri) menerima cenderahat­i daripada Samsir diperhatik­an Razali.
 ??  ?? EWON menunjukka­n sesuatu semasa melawat kawasan sekolah berkenaan.
EWON menunjukka­n sesuatu semasa melawat kawasan sekolah berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia