Utusan Borneo (Sabah)

Pasangan selamat setelah SOS dikesan

-

Sepasang anggota marin yang terkandas selama seminggu di sebuah pulau terpencil Pasifik telah diselamatk­an selepas sebuah pesawat pencari mengesan mesej ‘SOS’ mereka di atas pasir, menurut Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) semalam.

Mangsa yang mempunyai bekalan terhad dan tiada peralatan kecemasan, telah ditemui di Pulau Fayu Timur yang tidak didiami di Micronesia oleh kru udara Tentera Laut AS, yang menemui mereka di pantai berhampira­n petunjuk buatan sendiri, menurut kepada kenyataan pengawal pantai.

Pasukan pencari telah

WELLINGTON:

memberikan respons kepada laporan bahawa seseorang berada di pulau telah menggunaka­n lampu suluh bagi menarik perhatian ketika mereka mengesan mangsa, menurut kenyataan.

“Operasi mencari dan menyelamat untuk Linus dan Sabina Jack telah berjaya diselesaik­an,” menurut pihak Kedutaan AS di Kolonia, Micronesia, dihantar di dalam laman Facebook.

“Sejak pulau itu berkemungk­inan tidak didiami dan mengetahui (mereka) mempunyai sebuah lampu suluh di dalam bot mereka, kami mengarahka­n pesawat pencari mereka untuk terbang di atas pulau terse- but.”

Pasangan itu belayar dari Pulau Weno di Micronesia di dalam sebuah bot sepanjang lima meter pada 17 Ogos, namun amaran telah dilakukan apabila mereka tidak tiba di Pulau Tamatam pada hari berikutnya seperti yang dijangkaka­n.

Sepanjang pencarian selama seminggu, pengawal pantai menyatakan ia menggunaka­n 15 buah kapal dan dua buah pesawat untuk memeriksa sebuah kawasan laut seluas 16,600 batu persegi.

Pasangan tersebut telah diselamatk­an dengan sebuah bot peronda dan dibawa ke pulau cincin Nomwin untuk diproses lanjut. — AFP

 ??  ?? IMEJ serahan Tentera Laut AS menunjukka­n sepasang anggota marin yang terkandas memberi isyarat meminta bantuan dengan menulis ‘SOS’ di atas pasir ketika kru pesawat terbang lalu dalam pencarian bersama Pengawal Pantai pada 25 Ogos lalu di Pulau Fayu...
IMEJ serahan Tentera Laut AS menunjukka­n sepasang anggota marin yang terkandas memberi isyarat meminta bantuan dengan menulis ‘SOS’ di atas pasir ketika kru pesawat terbang lalu dalam pencarian bersama Pengawal Pantai pada 25 Ogos lalu di Pulau Fayu...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia