Utusan Borneo (Sabah)

Gaston bina kekuatan di Atlantik

-

WASHINGTON: Ribut Tropika Gaston, terbentuk di tenggara Atlantik di Bermuda, menjadi bertambah kuat dan mencapai status hurikan pada lewat kelmarin, lapor Pusat Taufan Negara Amerika Syarikat (AS).

Gaston, yang pada Khamis lepas menjadi taufan ketiga yang dinamakan bagi musim Atlantik namun segera menjadi lemah kepada ribut tropika, membawa angin maksimum sekuat 85 batu sejam, NHC yang berpusat di Miami menyatakan dalam buletin jam 3 pagi semalam.

Pusat Gaston dikesan 655 batu di timur-tenggara Bermuda dan sedang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan lapan batu sejam.

Taufan diramal beralih ke utara hari ini, dan kon ramalan NHC selama lima hari mempunyai Gaston kemudian bergerak ke timur laut dan ke Atlantik terbuka pada Khamis.

NHC tidak mengemukak­an pemerhatia­n atau amaran perairan, walaupun ia ada memberikan amaran bahawa Gaston dijangka bertambah kuat sepanjang tempoh 48 jam akan datang.

Angin Gaston yang sekuat taufan berlanjuta­n ke arah luar sehingga 15 batu dari pusatnya, dan angin kekuatan ribut tropika berterusan ke luar sehingga 140 batu.

Walaupun musim taufan Atlantik biasanya berlaku bermula 1 Jun hingga 30 November, taufan pertama tahun ini, Alex, terbentuk pada Januari.

Pusat Ramalan Iklim Pentadbira­n Laut dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) pada mulanya menganggar­kan Atlantik akan melihat di antara 10 dan 16 jenis ribut pada tahun ini, namun barubaru ini mengemaski­nikan ramalannya kepada 17.

Tempoh masa selama lapan minggu di antara pertengaha­n Ogos dan pertengaha­n Oktober merupakan tempoh paling aktif ribut dan taufan di Atlantik, menurut NHC.

“Hari kemuncak musim taufan, kemungkina­n menemui siklon tropikal di Atlantik adalah pada 10 September,” menurut NHC. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia