Utusan Borneo (Sabah)

Bekas tahanan Guantanamo mogok lapar

-

CARACAS: Seorang bekas banduan Guantanamo sekarang ditahan oleh agensi perisikan Venezuela mogok lapar, menurut peguamnya kelmarin.

Jihad Diyab, yang ditempatka­n semula dari Guantanamo ke Uruguay hampir dua tahun lepas, ditahan selepas pergi ke Caracas pada Julai untuk menemui keluargany­a, peguamnya yang berpusat di California, Jon Eisenberg memberitah­u AFP.

Dalam satu e-mel, Eisenberg menyatakan beliau berasa bimbang dengan Diyab, 45, seorang rakyat Syria, selepas gagal berhubung dengannya.

“Kami masih belum dapat berkomunik­asi dengan pihak berkuasa Venezuela,” kata Eisenberg.

Ditahan di Guantanamo selama 12 tahun tanpa sebarang dakwaan, Diyab te- lah dibebaskan dari penjara tentera AS di selatan Cuba ke Uruguay pada 2014 bersama dengan lima orang bekas rakan tahanan lain.

Pada 6 Ogos, peguam Diyab meminta kebenaran kerajaan Venezuela untuk bercakap dengan anak guamnya melalui telefon bagi menguruska­n pembelaann­ya.

Aktivis hak asasi manusia yang berpusat di AS mengesahka­n mogok lapar Diyab.

Tiga sumber bebas, yang meminta untuk kekal tidak dikenali supaya mereka boleh berkata dengan bebas mengenai kes tersebut, menyatakan lelaki Syria itu memulakan bantahanny­a selepas mengetahui kementeria­n luar Venezuela dan Uruguay telah berbincang mengenai penghantar­annya ke Uruguay, Andres Conteris berkata melalui panggilan telefon.

Diyab juga enggan men- gambil air, menurut Conteris, dari kumpulan Witness Against Torture.

Dia berharap akan dihantar ke Turki atau negara ketiga lain untuk bertemu semula dengan keluargany­a.

Pihak berkuasa Venezuela masih belum memberikan sebarang komen mengenai kes tersebut.

Conteris telah pergi ke Venezuela pada awal bulan ini untuk melakukan satu pertemuan, namun telah kembali ke Amerika Syarikat tanpa sebarang kejayaan.

Eisenberg yang mewakili Diyab dalam satu saman mahkamah difailkan terhadap pihak berkuasa AS kerana memaksa banduan yang melakukan mogok lapar untuk makan di Guantanamo.

Diyab ditangkap pada 2002 berhampira­n wilayah sempadan Afghanista­n dan Pakistan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia