Utusan Borneo (Sabah)

Keppel Shipyard akan serah kapal FPSO kepada Bumi Armada ikut jadual

-

SINGAPURA: Keppel Shipyard Ltd akan menyerahka­n kapal simpanan pengeluara­n apungan dan pemunggaha­n (FPSO) kepada Armada Kraken Pte Ltd, anak syarikat milik penuh Bumi Armada Bhd, mengikut jadual.

Majlis menamakan FPSO berkenaan, Armada Kraken, berlangsun­g di Limbungan Keppel pada Sabtu.

Armada Kraken merupakan kapal FPSO tahan persekitar­aan sukar, direka untuk beroperasi di Laut Utara.

Kapal FPSO, yang direka ketahanan 25 tahun akan digunakan untuk mengeluark­an minyak (API 14 darjah) yang dijumpai di lapangan minyak Kraken di sektor UK Laut Utara.

“Kami gembira diberi ke- percayaan oleh pelanggan lama kami, Bumi Armada, untuk membina kapal FPSO bagi operasi di Laut Utara,” kata Pengarah Urusan (Marin dan Teknologi) Keppel O&M, Michael Chia, dalam satu kenyataan semalam.

“Projek Armada Kraken mengukuhka­n lagi rekod prestasi kami dalam mengeluark­an FPSO yang direka untuk beroperasi dalam keadaan persekitar­an yang sukar.

“Melalui Armada Kraken, Keppel dan Bumi Armada akan menyiapkan projek penukaran/menaik taraf ke-15 bersama,” kata Chia.

Keppel Shipyard merupakan anak syarikat milik penuh Keppel Offshore & Marine.

Ia merupakan nama industri yang dipercayai bagi kerjakerja pembaikan, penukaran dan menaik taraf pelbagai jenis kapal dan merupakan peneraju global dalam penukaran kapal FPSO, simpanan apungan dan kapal pemunggaha­n serta unit pengegasan semula.

“Armada Kraken menandakan kemasukan Bumi Armada ke Laut Utara dan ia menunjukka­n komitmen kami untuk menyerahka­n FPSO berkualiti tinggi, yang direka untuk memenuhi cabaran Laut Utara menggunaka­n teknologi terbukti dan menggabung­kan pelbagai ciri-ciri unik untuk memastikan operasi yang selamat, boleh dipercayai dan menjimatka­n,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bumi Armada, Leon Harland. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia