Utusan Borneo (Sabah)

Amber Chia dilantik sebagai Duta Sokongan Gintell untuk tahun ke-11

-

KUCHING: Artis yang juga model antarabang­sa, Amber Chia telah dilantik Gintell menjadi Duta Sokongan produk tersebut semalam.

Beliau sebelum ini telah menjadi duta produk Gintell selama 11 tahun dan pengguna tetap produk berkenaan.

“Pelbagai teknologi telah diperbahar­ui oleh Gintell dari tahun ke tahun dan saya sentiasa menjadi antara yang pertama untuk mencuba setiap produk baharu yang dikeluarka­n oleh pihak Gintell.

“Malah hubungan saya dengansemu­aprodukGin­telladalah lebih lama daripada hubungan saya bersama suami,” katanya ketika menandatan­gani papan sebagai Duta Sokongan Gintell di sini semalam.

Amber semalam, telah menyertai pameran kesihatan yang dianjurkan pihak Gintell yang bermula 24 Ogos sehingga 4 September ini.

Menurutnya, Gintell merupakan rangkaian produk penjagaan kesihatan yang terkenal di Malaysia dan mempunyai 11 cawangan di pusat beli-belah terkemuka di seluruh negara.

Rangkaian produknya juga diiktiraf oleh

sebagai rangkaian produk penjagaan terbesar.

Gintell menyediaka­n empat pakej bersempena dengan sambutan Hari Malaysia iaitu pakej pertama Gintell De’Wise Care kerusi urut pertama yang menggunaka­n teknologi XV-trek sepanjang 135cm yang memberi regangan urutan dari tengkuk ke paha dan tempat yang sukar dicapai.

Justeru, Gintell menawarkan diskaun RM11,488 atau RM319.11 sebulan bagi kerusi urut De’Wise Care dan De’Vano S FUNtastic Sofa.

Pakej kedua, Sofa FUNtas- tic De’Vano S Gintell dijual pada harga RM4,388 atau RM121.89 sebulan bersama G-Bettle Plus untuk memilikiny­a.

Sementara bagi pakej ketiga Gintell De’Vas HD yang direka dengan inovasi urutan yang memberikan urutan yang lebih presisi untuk seluruh badan hanya memerlukan RM9,488 atau RM263.56 sebulan untuk memilikiny­a bersama De’Vano S FUNtastic.

Gintell De’Wise Wisdomic diberikan rebat sehingga RM5,000 bagi pakej keempat.

 ??  ?? AMBER (kiri) menurunkan tandatanga­n sebagai Duta Sokongan Gintell untuk tahun ke-11 semalam. Turut kelihatan Ally.
AMBER (kiri) menurunkan tandatanga­n sebagai Duta Sokongan Gintell untuk tahun ke-11 semalam. Turut kelihatan Ally.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia