Utusan Borneo (Sabah)

Bursa Malaysia dijangka menguji semula paras 1,700

Yakin kadar faedah Fed AS tidak naik, minyak mentah stabil

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka menguji semula paras psikologi 1,700 minggu ini, dipacu oleh keyakinan bahawa Rizab Persekutua­n (Fed) AS tidak akan menaikkan kadar faedah serta harga minyak mentah yang stabil, kata seorang peniaga.

Naib Presiden/Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata data ekonomi terkini dari Amerika Syarikat menunjukka­n pertumbuha­n kukuh dalam pesanan barangan tahan lama manakala data pembuatan menunjukka­n ekonomi terbesar dunia itu terus mencatatka­n pemulihan.

Beliau berkata meskipun peningkata­n berterusan dalam ekonomi AS, Fed tidak dijangka menaikkan kadar faedah pada September ini untuk menampung pertumbuha­n.

“Pada mesyuarat tahunan bank-bank pusat di Jackson Hole, Wyoming, AS, barubaru ini juga menunjukka­n kebanyakan bank pusat memilih untuk kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur dan mengadakan program rangsangan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Nazri Khan berkata harga minyak mentah kekal melebihi AS$45 setong, yang menunjukka­n komoditi semakin stabil.

Bagi minggu yang baru berakhir, indeks penanda aras gagal menguji paras 1,700 mata setelah kurang pemangkin selepas pelabur tidak memasuki pasaran menunggu ucapan Pengerusi Fed Janet Yellen pada Jumaat.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI susut 4.59 mata kepada 1,683.09, Indeks FBM Emas berkuranga­n 50.16 mata kepada 11,801.42, Indeks FBMT 100 turun 40.32 mata kepada 11,514.58 dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 56.24 mata kepada 12,439.94.

Mengikut sektor pula, Indeks Kewangan menyusut 36.23 mata kepada 14,446.27, Indeks Perusahaan berkuranga­n 21.84 mata kepada 3,153.28 dan Indeks Perladanga­n merosot 55.39 mata kepada 7,806.67.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 8.85 bilion unit bernilai RM8.26 bilion daripada 13.31 bilion unit bernilai RM9.98 bilion minggu sebelumnya.

Di pasaran utama jumlah dagangan susut kepada 5.50 bilion saham bernilai RM7.71 bilion daripada 7.25 bilion saham bernilai RM9.06 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan waran turun kepada 1.97 bilion unit bernilai RM289.18 juta berbanding 3.83 bilion unit bernilai RM446.97 juta minggu sebelumnya.

Pasaran ACE berkuranga­n kepada 1.39 bilion saham bernilai RM264.78 juta berbanding 2.22 bilion saham bernilai RM463.08 juta. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia