Utusan Borneo (Sabah)

Kontrak hadapan MSM saksi aktiviti pengambila­n untung berterusan

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka meneruskan aktiviti pengambila­n untung minggu ini, kata Peniaga Minyak Sawit Kanan Interband Group, Jim Teh.

Beliau berkata, pengambi- lan untung mungkin menyeret turun kontrak penanda aras Oktober 2016 kepada paras harga sekitar RM2,450 hingga RM2,550 satu tan metrik.

“Dana lindung nilai asing dilihat membuat spekulasi dalam pasaran dan mereka mungkin mengikuti trend pasaran minyak sayuran yang kini lembap.

“Tetapi pada dasarnya permintaan untuk MSM tempatan masih wujud, disebabkan musim perayaan seperti kuih bulan dan Deepavali,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Majlis Min- yak Sawit Malaysia (MPOC) dilaporkan berkata, harga MSM dilihat memurata pada RM2,678 satu tan metrik tahun ini (naik hampir 18 peratus daripada tahun lepas), dirangsang oleh permintaan daripada pengguna utama, India serta pengisian semula stok oleh China.

Menurutnya, harga penanda aras minyak sawit di Bursa telah melonjak 11.3 peratus bulan ini berikutan bekalan yang ketat serta peningkata­n data eksport.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, September 2016 susut RM58 kepada RM2,800 satu tan metrik, Oktober 2016 jatuh RM27 kepada RM2,647 satu tan metrik, November 2016 merosot RM26 kepada RM2,552 satu tan metrik dan Disember 2016 turun RM24 kepada RM2,513 satu tan metrik.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 200,495 lot berbanding 321,850 lot minggu lepas manakala kepentinga­n terbuka susut kepada 225,313 kontrak berbanding 240,666 kontrak sebelum ini.

Di pasaran fizikal, September Selatan turun RM10 kepada RM2,850 satu tan metrik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia