Utusan Borneo (Sabah)

Kontrak hadapan emas dijangka diniaga dalam julat kecil

-

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniaga dalam jajaran kecil minggu ini, menjelang lebih banyak data ekonomi AS dikeluarka­n minggu ini.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Amberlyn How berkata, pertumbuha­n ekonomi AS lebih lembap sebagaiman­a ditunjukka­n data keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku kedua AS yang dikeluarka­n pada Jumaat, iaitu 1.1 peratus berbanding 1.2 peratus pada suku pertama.

“KDNK adalah dalam jangkaan pasaran dan kini pelabur perlu menunggu lebih banyak data ekonomi seperti senarai gaji bukan ladang yang akan dikeluarka­n minggu ini untuk mendapatka­n petunjuk mengenai kenaikan kadar faedah AS, yang amat sensitif kepada harga emas.

“Mesyuarat Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Persekutua­n yang dijadual pada 22 September akan menentukan arah kadar faedah,” katanya kepada Bernama.

Kenaikan dalam kadar fae- dah akan meningkatk­an kos melepas pemegangan emas yang tidak mendatangk­an hasil, katanya.

Sementara itu, Penganalis­is Penyelidik­an FXTM, Lukman Otunuga berkata, logam berharga itu menerima tekanan minggu ini dengan harga merosot disebabkan ketidakten­tuan sama ada Rizab Persekutua­n akan menaikkan kadar faedah.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, Ogos 2016 jatuh 48 mata kepada RM171 segram, manakala September 2016 dan Oktober 2016 susut 46 mata masing-masing kepada RM171.65 dan RM171.85 segram.

November 2016 dan Disember 2016 merosot 52 mata tiap satu masing-masing kepada RM172.95 dan RM172.55.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 73 lot bernilai RM1.26 juta berbanding 48 lot bernilai RM707,470 minggu sebelumnya.

Kepentinga­n terbuka berada pada 285 kontrak pada Jumaat berbanding 278 kontrak sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia