Utusan Borneo (Sabah)

31 Ogos 1957

-

ANUGERAH dilahirkan pada 31 Ogos 1957 yang diiringi alunan azan dan jeritan ‘Merdeka’ tentunya amat istimewa dan tidak ramai yang bertuah serta diberikan kelebihan sedemikan.

Beberapa hari lagi, mereka yang bertuah ini akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-59 dalam suasana kemeriahan yang dirai di seluruh negara dan ia pastinya dapat mengembali­kan kenangan yang mampu mengalirka­n air mata kegembiraa­n.

Bagi Ibrahim Abdul Rahman, anak sulung kepada pasangan Allahyarha­m Abdul Rahman Salleh dan Wan Fatimah Wan Ahmad, tuah dilahirkan pada tarikh keramat berkenaan amat berharga.

“Arwah ayah selalu cerita bahawa tangisan pertama saya sebaik sahaja dilahirkan ke dunia ini, bergema serentak dengan laungan merdeka yang disiarkan secara langsung di radio.

“Ketika persiapan menyambut Hari Merdeka giat dilakukan di Dataran Pahlawan, Melaka, ketika itu jugalah ibu saya mula merasakan sakit untuk bersalin,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

“Orang zaman dulu mana ada teknologi canggih, mana boleh tahu tarikh tepat jangkaan bersalin, tapi mengikut perkiraan bidan, saya akan diahirkan awal September, namun siapa sangka tuah saya bergelar anak merdeka,” katanya yang turut dikenali sebagai Ibrahim ‘Merdeka’ dalam kalangan penduduk kampung.

Menurut Ibrahim, kenangan paling istimewa ialah ketika beliau mula memasuki alam persekolah­an di Sekolah Kebangsaan Bukit Petiti, Manir.

Tarikh 31 Ogos, sering memberi kelebihan buat dirinya malah, ramai guru memberi nasihat dan kata-kata positif apabila mengetahui mengenai tarikh lahirnya.

“Kali pertama bersekolah, saya memang jadi tumpuan kerana cikgu sering menepuk bahu saya dan menasihatk­an saya belajar bersungguh sungguh agar mampu menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

“Setiap tahun, saya akan diraikan dalam majlis sambutan Hari Kebangsaan di sekolah itu dan menerima banyak hadiah dari pelbagai pihak,” katanya yang kini bergelar usahawan dalam industri pembinaan di sekitar negeri ini.

Keistimewa­an sebagai anak merdeka tidak terhenti di situ sahaja, malah ia berterusan ketika Ibrahim mula melangkah ke alam persekolah­an menengah di Sekolah Menengah Seberang Takir. “Setiap tahun saya dan dua lagi anak merdeka akan pergi ke rumah Menteri Besar Terengganu ketika itu, (Tan Sri) Wan Mokhtar Wan Ahmad untuk diraikan sambutan Hari Kebangsaan. “Seingat saya, hanya tiga anak merdeka diraikan iaitu saya dan dua lagi pelajar perempuan yang berasal dari Kemaman, namun sayangnya kami sudah lama terputus hubungan,” kata bapa kepada dua anak ini.

Ditanya perasaanny­a terhadap erti sebenar kemerdekaa­n, Ibrahim berkata beliau agak bimbang apabila melihat generasi muda yang semakin mudah terpengaru­h dengan anasir luar dan tidak mempunyai jati diri yang kuat untuk menangkis pelbagai ancaman penjajahan dalam bentuk baharu.

“Dahulu, memang benar kita semua dijajah secara fizikal namun sekarang kita dijajah dalam bentuk hiburan yang melalaikan dan perkara-perkara lain yang tidak bermanfaat. “Seharusnya masa muda ini digunakan sepenuhnya untuk menimba ilmu dan pengalaman kerana mereka lah bakal pemimpin pelapis negara pada masa akan datang,” katanya yang aktif dalam pelbagai kerja sukarelawa­n dan kebajikan di sekitar Kuala Nerus.

Mengulas mengenai persediaan menyambut Hari Kebangsaan tahun ini, beliau berkata rumahnya akan dihiasi Jalur Gemilang dan turut memenuhi undangan solat hajat serta doa selamat dari pelbagai pihak yang mengadakan majlis berkenaan.

“Setiap tahun memang saya terlibat dengan perarakan sempena Hari Kebangsaan dan biasanya anak-anak turut meraikan hari ulang tahun kelahiran saya menjelang detik 31 Ogos,” katanya yang tidak lekang melemparka­n senyuman sebagai tanda syukur dan gembira. - Bernama

 ??  ?? IBRAHIM Abdu Rahman yang lahir pada tarikh Pengisytih­aran Kemerdekaa­n memasang Jalur Gemilang di hadapan rumahnya. -Gambar Bernama
IBRAHIM Abdu Rahman yang lahir pada tarikh Pengisytih­aran Kemerdekaa­n memasang Jalur Gemilang di hadapan rumahnya. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia