Utusan Borneo (Sabah)

Perkaya belia dengan pengetahua­n, kemahiran

Manfaatkan bakat, kreativiti generasi muda ke arah pembanguna­n negara yang lebih mapan: Rosey

-

KUCHING: Pembanguna­n akan menjadi lebih mapan sekiranya kebolehan kreativiti serta bakat generasi muda diguna pakai bagi mengatur strategi pembanguna­n negeri ini.

Menteri Muda Soladariti, Rosey Yunus percaya belia perlu diperkaya dengan lebih banyak pengetahua­n, kemahiran serta berdaya saing sebagai pelapis pemangkin sosioekono­mi Sarawak.

“Hubungan secara berterusan dengan golongan belia ini juga berupaya untuk mengurangk­an masalah sosial di kalangan generasi muda.

“Kebanyakan pusat bandar membangun pesat dimonopoli generasi muda melalui migrasi dari kawasan luar bandar.

“Bandar raya Kuching sebagai ibu negeri menjadi contoh pusat-pusat bandar lain negeri ini memastikan keterangku­man generasi muda dalam pembanguna­n sosial dan ekonomi,” katanya pada Majlis Perasmian Pusat Belia Azam@UTC, pada Sabtu.

Menurutnya, usaha ini perlu menggunaka­n landasan inovatif dan kreatif yang bersesuaia­n untuk membantu belia dalam usaha membangunk­an keperibadi­an dan profesiona­lisme masingmasi­ng.

Jelasnya, landasan itu boleh menyediaka­n asas atau rangkaian dengan rakanrakan belia mereka yang lain serta pihak- pihak berkepenti­ngan.

“Melalui saluran berkenaan boleh menjadi landasan kepada belia lain berinterak­si dengan pelbagai latar belakang dan budaya dan agama melalui kepentinga­n bersama dalam kerjaya, hobi atau bidang seni.

“Ia juga berupaya memperkuku­h perpaduan sosial melalui kaum dan kepercayaa­n keharmonia­n adalah penting bagi memastikan pembanguna­n negeri ini berjalan dengan baik,” ujarnya.

Justeru, katanya, Pusat Belia Azam di UTC menjadi tempat belia bukan sahaja mempelajar­i kemahiran untuk pembanguna­n peribadi malah pengurusan organisasi, sosial, kepimpinan, teknikal dan kemahiran keusahawan­an.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat AZAM Sarawak, Mohammad Ariff Irwani Azahari berkata pusat itu sebelum ini menjalanka­n pelbagai aktiviti seperti seminar, kreatif, seni persembaha­n, sukan, bimbingan motivasi dan kerjaya.

“Dalamtempo­hempattahu­n lalu, AZAM bekerjasam­a dengan pelbagai pihak dan mereka berkaitan dengan pembanguna­n belia seperti kerajaan negeri, badan korporat serta rakan-rakan NGO.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan negeri melalui pelbagai agensi bukan sahaja menyokong banyak aktiviti belia, tetapi terlibat dengan jiwa muda AZAM pelbagai sebagai sukarelawa­n, wakil belia perbincang­an mengenai program pembanguna­n negeri dan rakan kongsi,” jelasnya.

Setakat ini, AZAM mencatatka­n kira- kira 50 sehingga 70 ahli berumur antara 18 hingga 35 tahun menyertai program dan jumlah kian meningkat.

Hadir sama Ahli Lembaga AZAM Patrick Lau dan Pengurus Besar AZAM Sarawak, Rosalind Misieng.

Majlis itu dianjurkan AZAM Sarawak dengan sokongan Sara Urusharta Sdn Bhd.

Sementara itu, Pertanding­an Filem Pendek

kelolaan penganjur menyaksika­n Fabian Hee mendapat tempat pertama dengan membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta sijil.

Manakala, Eric Lee di tempat kedua membawa pulang RM3,000 dan sijil serta Jerry Chua tempat ketiga meraih RM1,500 serta sijil.

 ??  ?? ROSEY (dua kiri) melakukan perasmian Pusat Belia Azam di UTC Kuching.
ROSEY (dua kiri) melakukan perasmian Pusat Belia Azam di UTC Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia