Utusan Borneo (Sabah)

Jiwai semangai patriotism­e lahir generasi berakhlak mulia

-

MIRI: Semangat patriotism­e jika dijiwai dan diamal sebaik mungkin mampu menyumbang pembentuka­n generasi berhemah tinggi, berakhlak mulia dan menjadi pemacu kemajuan negara.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, semangat itu merupakan sebahagian nilai murni turut menjadikan masyarakat­nya peka dan prihatin terhadap maruah serta kedaulatan negara.

“Oleh itu, apa perlu kita lakukan hari ini adalah memenuh dada dengan ilmu pengetahua­n agar semangat patriotism­e dan rasa cinta akan bangsa serta negara terus subur dan mekar dalam jiwa.

“Kita juga bertanggun­gjawab mengenang serta menghayati erti kemerdekaa­n dimiliki tersebut, bukan sekadar laungan atau sekadar nama,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Bahagian Miri bertempat di pekarangan Pejabat Residen Bahagian Miri, di sini, barubaru ini.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Telang Usan Dennis Ngau, Residen Bahagian Miri Antonio Kahti Galis, Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Julaihi Mohamad dan dif-dif kehormat yang lain.

Menurut Ahmad Lai, masyarakat hari ini berada dalam zon selesa dan bebas melakukan apa saja sehingga leka menghayati semangat patriotik, disebab perkembang­an teknologi maklumat semakin berkembang pesat menjadikan media sosial sebagai keperluan hidup.

“Jika kita terlalu lalai atau menyalahgu­nakan kemajuan teknologi masa kini, ianya akan mengundang kepada amalan yang tidak beretika, tidak beradab dan tidak bertanggun­gjawab oleh penggunany­a.

“Gunakan kemajuan teknologi dengan tujuan baik dan amalan semangat nasionalis­me serta patriotism­e harus sentiasa diterap dalam diri masing-masing,” ujarnya.

Mengulas mengenai majlis terbabit, beliau berkata program kibar Jalur Gemilang berkenaan amat bersesuaia­n agar dapat menyemai dan meningkatk­an kesedaran masyaran tentang kemerdekaa­n serta keamanan yang dikecapi.

Jelas beliau, program semikian bukan sahaja sebagai platform masyarakat menghayati erti kemerdekaa­n, tetapi mampu menjalin kerjasama dan mengukuhka­n masyarakat berbilang kaum dalam bentuk perlaksana­an pelbagai aktiviti yang meningkatk­an perpaduan rakyatnya.

“Bahkan, mengekalka­n tema Sehati Sejiwa bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, ia sudah melambangk­an semangat perpaduan, kesefahama­n, kekitaan dan kemanusiaa­n di seluruh negara,” tambahnya.

 ??  ?? AHMAD Lai (kiri) ketika berucap pada majlis pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Bahagian Miri, bertempat di pekarangan Pejabat Residen Bahagian Miri sambil disaksikan tetamu kehormat lain di Miri.
AHMAD Lai (kiri) ketika berucap pada majlis pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Bahagian Miri, bertempat di pekarangan Pejabat Residen Bahagian Miri sambil disaksikan tetamu kehormat lain di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia