Utusan Borneo (Sabah)

Komuniti setempat

-

memerhati dan bergerak secara perlahan mengikut rentak kita, apabila kita leka mereka akan bertindak,” katanya.

Jelas Gerald, pada masa sama ada kelompok masyarakat masih kurang peka dan tidak mementingk­an keselamata­n harta benda sehingga jenayah kecurian berlaku di kampung dan rumah panjang.

“Perkara begini harus kita beri perhatian dan tangani bersama dengan memberi kesedaran dengan menganjurk­an program agar bersedia membendung jenayah daripada berleluasa.

“Meskipun dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah masih kurang melakukan jenayah, kita harus terus menyedarka­n mereka dengan memberi perangsang mengelak terjebak dalam jenayah,” katanya.

Gerald menambah, usaha memperbany­ak aktiviti melibatkan pelajar sekolah perlu diperhebat untuk menghindar­kan mereka terjebak dan melakukan kegiatan tidak bermoral.

“Adanya kesedaran peringkat akar umbi kita berjaya membawa asas kukuh untuk memberi pendidikan kepada anak- anak dalam sesuatu komuniti,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada lawatan ke IPD Betong dekat sini kelmarin.

Katanya, pentadbira­n IPD Betong terlalu luas melibatkan kawasan Betong, Balai Polis Spaoh, Balai Polis Debak, Balai Polis Debak dan Pondok Polis Beladin menyebabka­n sukar fokus secara menyeluruh dan penyaluran peruntukan daripada pihak kementeria­n.

“Dalam konteks jenayah wujud di daerah kecil kita di sini mungkin melibatkan kelompok komuniti lebih besar dan kekurangan anggota PDRM dengan balai polis agak kecil selain kemampuan anggota dapat memantau aktiviti jenayah,” katanya.

 ??  ?? GERALD bersama barisan pegawai PDRM merakamkan gambar di hadapan IPD Betong.
GERALD bersama barisan pegawai PDRM merakamkan gambar di hadapan IPD Betong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia