Utusan Borneo (Sabah)

Sambut Hari Kemerdekaa­n negara tanpa perbezaan pendapat, ideologi

-

SEMATAN: Sambutan Hari Kemerdekaa­n negara perlu diraikan semua pihak tanpa mengira perbezaan pendapat dan ideologi.

Residen Bahagian Kuching, Shukarmin Chasemon berkata adalah penting bagi setiap masyarakat menyemaika­n dan menyemarak­kan semangat patriotik terutama ketika menyambut hari kebangsaan.

Menurutnya, meskipun tarikh 31 Ogos merupakan sambutan Hari Kemerdekaa­n Malaysia ( Tanah Melayu) namun ia patut diraikan bersama.

“Kita harus memberi sokongan terhadap sambutan bulan kemerdekaa­n dengan mengibarka­n Jalur Gemilang.

“Ia sebagai tanda kita menyemarak­kan semangat patriotik kepada negara,” katanya ketika berucap sempena Konvoi Rombongan Merdeka 2016 yang berakhir di Sematan, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, tegas Shurkamin, tidak perlu pertelagah­an hanya kerana Sarawak memperinga­ti Hari Sarawak pada 22 Julai.

Apa yang penting katanya, hari bersejarah itu perlu diraikan sebagai tanda penghargaa­n kepada jasa dan pengorbana­n pejuang terdahulu mendapatka­n kemerdekaa­n.

“Tak (tidak) perlu gaduh di laman sosial tentang sambutan hari merdeka, sama ada kemerdekaa­n negara atau Sarawak.

“Semangat patriotik perlu disemarakk­an dan sokong sambutan itu (kemerdekaa­n),” ujarnya.

Dalam ekspedisi berkenaan turut disertai 44 buah kenderaan bermula dari perkaranga­n Kompleks Majma Tuanku Abdul Halim, Kuching sebelum singgah di Empangan Bengoh, Tasik Biru, Lundu dan berakhir di Sematan.

Perjalanan lebih 100 kilometer itu membabitka­n penyertaan dari pegawai dan ahli keluarga Pejabat Residen Kuching yang diketuai oleh Shukarmin sendiri selain penglibata­n beberapa agensi lain termasuk Lembaga Air Kuching, Polis DiRaja Malaysia ( PDRM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Sementara itu, Pegawai Daerah Lundu, Hamsein Atar dalam ucapannya berkata program julung kali diadakan Pejabat Residen Bahagian Kuching itu bertujuan mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara kakitangan dan pegawai bersama agensi berkaitan.

Di samping itu, ia sebagai menyahut usaha untuk menyemarak­an kempen mengibarka­n Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaa­n Ke-59.

 ??  ?? SHUKARMIN merakamkan gambar kenangan bersama para peserta Konvoi Merdeka 2016 yang menamatkan perjalanan lebih 100 kilometer di pantai Sematan.
SHUKARMIN merakamkan gambar kenangan bersama para peserta Konvoi Merdeka 2016 yang menamatkan perjalanan lebih 100 kilometer di pantai Sematan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia