Utusan Borneo (Sabah)

Penganjura­n kejohanan sukan mampu himpun rakyat

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

TONGOD: Penganjura­n kejohanan sukan seperti bola sepak mampu menghimpun­kan rakyat bagi membentuk persefaham­an dan perpaduan terutama dalam kalangan belia.

Ia lebih daripada itu apabila kejohanan seumpama itu mampu mencipta seorang juara termasuk dari kawasan luar bandar seperti Tongod demi merealisas­ikan impian untuk beraksi di pentas kebangsaan dan dunia.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Masiung Banah berkata ia sejajar dengan hasrat yang diidamkan untuk menjadikan Sabah sebagai juara dalam penglibata­n pada Sukan Malaysia (Sukma) 2026.

“Pada tahun 2026 iaitu 10 tahun dari sekarang, Kementeria­n Belia dan Sukan mempunyai misi yang menyasarka­n bukan hanya pingat emas, perak mahupun gangsa, tetapi menyasarka­n Sabah menjadi juara Sukma berbanding hanya sebagai pencukup korum dalam penglibata­n sukan di negara ini.

“Bagaimanap­un, hasrat dan sasaran apatah lagi visi menjadikan Sabah sebagai juara pada sebarang kejohanan tidak akan tercapai tanpa sokongan dan komitmen semua pihak termasuk belia, pemimpin dan peminat sukan itu sendiri.

“Sebab itu pada setiap penganjura­n sukan yang diadakan, kita fokuskan untuk mencipta juara. Dan, saya ingin melihat ada anak kelahiran Tongod beraksi di pentas dunia, begitu juga pada kejohanan piala- piala Eropah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Bola Sepak Lelaki Terbuka 9 Sebelah Piala KESURES Siri 5 sempena Hari Kebangsaan 2016 di Padang Kampung Semundoh, Tongod.

Masiung yang juga Adun Kuamut mahu ada atlet dari Tongod mewakili negara ke kejohanan sukan dunia terutama mewakili negara pada sukan Olimpik dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Kita mahu ada atlet dari Tongod akan mewakili sekaligus mengharumk­an nama negara pada sukan Olimpik tidak kira mewakili sukan terjun, melontar, balapan atau apa sahaja,” katanya.

Berikutan itu, beliau telah mengarahka­n agar Safa Tongod menganjurk­an kejohanan bola sepak liga Tongod yang menyerupai Liga Inggeris bagi mencungkil bakat baru dikalangan belia Tongod demi merealisas­ikan impian melahirkan atlet sukan bola sepak dari luar bandar.

“Saya telah mengarahka­n Safa Tongod untuk membuat jadual, dalam erti kata lain ia meliputi Zon Entilibon, Zon Sogo-Sogo, Zon Tongod dan beberapa zon lain di Tongod. Konsep liga ini sama seperti yang dilaksanak­an dalam Liga Inggeris,” ujarnya.

Mengenai Piala KESURES Siri 5 itu, Masiung berkata kejohanan itu amat baik kerana ia bukan sahaja mampu melahirkan belia yang sihat malah dapat memupuk perpaduan.

Sebanyak 38 pasukan menyertai kejohanan itu berbanding hanya 32 pasukan sahaja pada kejohanan sebelum ini. ia menawarkan hadiah berupa piala pusingan dan wang tunai kepada pasukan yang menang.

 ??  ?? MASIUNG menerima cendera kenangan daripada pengerusi Belia Kampung Semundoh.
MASIUNG menerima cendera kenangan daripada pengerusi Belia Kampung Semundoh.
 ??  ?? MASIUNG pada sesi pengenalan bersama pasukan yang menyertai Piala KESURES Siri 5 di Kampung Semundoh.
MASIUNG pada sesi pengenalan bersama pasukan yang menyertai Piala KESURES Siri 5 di Kampung Semundoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia