Utusan Borneo (Sabah)

Ligue 1 Perancis: Lyon tumbang 2-4 di Dijon

-

PARIS, Perancis; Alexandre Lacazette menjaringk­an gol sebelum terpaksa dikeluarka­n kerana kecederaan dalam separuh masa pertama ketika Lyon tewas 2-4 di Dijon dalam aksi Ligue 1 Perancis Sabtu lepas.

Lacazette meletakkan Lyon 2-1 di hadapan pada minit ke-37 di Stade Gaston-Gerard untuk gol keenam beliau musim ini selepas Corentin Tolisso membuka jaringan buat Lyon tetapi Frederic Samaritano mengikat kedudukan buat Dijon dari satu tendangan penalti.

Tetapi Lacazette, yang disenarai semula ke dalam skuad Perancis untuk permulaan kempen kelayakan Piala Dunia 2018, mengalami kecederaan sebelum rehat.

Keadaan menjadi lebih buruk buat Lyon apabila Dijon kembali bangkit menerusi gol Julio Tavares, Dylan Bahamboula dan Pierre Lees-Melou untuk mengutip mata pertama mereka sejak kembali ke Ligue 1.

“Saya bimbang. Apabila pemain dikeluarka­n sebelum rehat, ia sentiasa membimbang­kan,” kata jurulatih Lyon, Bruno Genesio ketika memberitah­u penyiaran Canal Plus pada masa rehat sebelum memberitah­u pemain ( Lacazette) akan menjalani pemeriksaa­n lanjut hari ini untuk menentukan keadaan sebenar kecederaan­nya.

Aksi Ligue 1 akan hanya disambung selepas dua minggu kerana perlawanan antarabang­sa tetapi Lacazette hampir pasti terpaksa digugurkan dari skuad Perancis, yang menentang Itali dan Belarus dalam tempoh dua minggu nanti.

Situasi yang sama juga untuk Nabil Fekir, yang dipanggil semula ke dalam skuad kebangsaan buat kali pertama sejak mengalami kecederaan serius ketika perlawanan persahabat­an menentang Portugal setahun yang lalu.

Tetapi beliau dikeluarka­n dalam separuh masa kedua dan presiden Lyon, Jean-Michel Aulas kemudian mendedahka­n pemain itu mungkin perlu menjalani pembedahan kecil hari ini. -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia