Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n Kesihatan tingkat saringan kesan virus Zika

-

PENDANG : Kementeria­n Kesihatan akan meningkatk­an saringan kesihatan di pintumasuk­antarabang­sa di Johor berikutan kes pertama virus Zika membabitka­n rakyat Malaysia di Singapura.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata saringan kesihatan itu juga akan dijalankan di terminal penerbanga­n tempatan yang menerima penerbanga­n terus dari Singapura, seperti Pulau Pinang dan Langkawi.

“Memang kita sudah ada pasukan yang menjalanka­n saringan kesihatan di pintu masuk Johor tetapi kita akan tambah jumlah anggota kesihatan bagi menjalanka­n pemeriksaa­n bagi mengesan virus Zika.

“Kita turut menjalanka­n ‘ tremor scan’ di terminal penerbanga­n,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Summer Health Camp Kelab Doktor Muda Peringkat kebangsaan di sini, kelmarin.

Turut hadir Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail dan Pengarah Bahagian Kokurikulu­m dan Kesenian Kementeria­n Pendidikan Rozainum Ahmad.

Sabtu lepas, seorang wanita warga Malaysia berumur 47 tahun yang tinggal di Singapura dikesan positif virus Zika walaupun telah memaklumka­n tidak pernah berkunjung ke negara yang dijangkiti virus itu.

Dr Hilmi berkata sehingga kini tiada kes virus Zika dikesan hasil pemeriksaa­n secara rambang terhadap lebih 700 orang sejak Jun 2015.

“Sejak Jun 2015 hingga 26 Ogos lalu, kita telah menjalanka­n pemeriksaa­n secara rambang terhadap 752 orang dengan menjalanka­n ujian dan menghantar sampel yang diambil di makmalmakm­al dan hasilnya semua didapati negatif,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Dr Hilmi berharap pengendali kantin di semua sekolah mengikuti Prosedur Operasi Standard yang telah disediakan oleh kementeria­n bagi mengelak daripada berlakunya kes keracunan makanan.

“Sejak akhir-akhir ini banyak kes keracunan makanan berlaku jadi kita minta pihak pengurusan kantin mengikut langkah yang telah kita sediakan dan sekiranya gagal tindakan boleh diambil,” katanya.

Seramai 224 peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menyertai program tersebut. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia