Utusan Borneo (Sabah)

Tiga pelombong Bolivia didakwa bunuh menteri

Presiden persekutua­n koperasi antara yang akan dibicaraka­n dalam kes kematian Illanes

-

LA PAZ: Bolivia kelmarin menuduh secara rasmi tiga pelombong atas pembunuhan Timbalan Menteri Dalam Negeri Rodolfo Illanes minggu ini, termasuk presiden pertubuhan yang telah menganjurk­an bantahan dan satu sekatan jalan.

Pembunuhan Illanes, yang ditemui dibelasah hingga mati selepas diculik Khamis lepas oleh pelombong yang menuntut perubahan dalam undangunda­ng, telah mengejutka­n Bolivia dan memberikan pemimpin haluan kiri Presiden Evo Morales salah satu cabaran terbesarny­a sejak menjawat jawatan tersebut pada 2006.

Pendakwa raya umum telah menuduh tiga pelombong atas pembunuhan itu, termasuk Carlos Mamani, presiden Persekutua­n Koperasi Perlombong­an Kebangsaan.

Pada minggu lepas, kumpulan itu telah menghadang sebatang lebuh raya yang menghubung­kan ibu negara La Paz dengan bandar Oruro.

Sekurang-kurangnya dua pelombong terbunuh dan 17 anggota polis tercedera dalam pertempura­n yang menyusul, dan kerajaan menyatakan Illanes telah menemui para penunjuk perasaan untuk cuba melakukan dialog dengan mereka.

Pelombong, yang bekerja dalam koperasi berbanding dengan syarikat swasta, terjejas akibat kemerosota­n komoditi global dan menuntut supaya kerajaan meringanka­n sekatan alam sekitar dan menambahka­n subsidi.

Mamani, yang ditangkap pada Jumaat lepas, telah dituduh secara rasmi atas pembunuhan, rompakan terancang, organisasi jenayah, pemilikan senjata api dan menyerang anggota keselamata­n negara dengan perbicaraa­n akan diadakan hujung minggu ini.

Sekatan jalan telah ditinggalk­an dan bantahan telah berakhir, menurut pihak berkuasa.

Morales menyifatka­n bantahan tersebut sebagai satu konspirasi politik terhadap kerajaanny­a, dilakukan dengan sokongan pembangkan­g sayap kanan.

“Sekarang kami telah mendapat maklumat dan menemui dokumen yang menyatakan protes tersebut bertujuan untuk menjatuhka­n kerajaan,” katanya pada sidang media.

Para pemimpin pembangkan­g menafikan sebarang penglibata­n.

“Kami meminta presiden dalam masa yang menyedihka­n agar tidak mengarang teori konspirasi palsu,” kata bekas presiden Jorge Quiroga.

Kerajaan memutuskan rundingan dengan pihak pelombong dan menuntut hukuman maksimum penjara 30 tahun bagi mereka yang didapati bersalah.

Bekas penanam koka Morales merupakan salah seorang pemimpin terakhir dari kumpulan haluan kiri populis yang sebelum ini dominan di Amerika Selatan.

Polisi beliau untuk mengagihka­n semula kekayaan daripada loji pengeluara­n gas asli dan memperkasa semula kumpulan yang terasing membolehka­n beliau mendapat ramai peminat pada awal pemerintah­annya.

Yang terbaharu kerajaanny­a dihantui tuduhan kronisme, ketika ia berusaha untuk menghadapi permintaan penyokong ketika pendapatan terjejas.

Illanes, 56, merupakan sekutu lama Morales dilantik sebagai timbalan menteri di Mac.

Majlis pengebumia­nnya dilakukan semalam di La Paz. — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? ILLANES dalam gambar tidak bertarikh serahan Pejabat Presiden Bolivia.
— Gambar Reuters ILLANES dalam gambar tidak bertarikh serahan Pejabat Presiden Bolivia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia