Utusan Borneo (Sabah)

Misi tiga tangga teratas di Paralimpia­d Perak 2018

Pada Kejohanan Sukan Paralimpia­d Malaysia Ke-19 Perak 2018

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

KEJOHANAN Sukan Paralimpia­d Malaysia Ke-18 Sarawak 2016 baru saja melabuhkan tirainya pada 10 Ogos lalu namun semangat untuk mencapai misi tiga tangga teratas kontinjen paralimpik Sabah telah dilaungkan lebih awal untuk temasya Kejohanan Sukan Paralimpia­d Malaysia Perak Ke-19 2018.

Pencapaian kontinjen paralimpik Sabah di Kejohanan Paralimpia­d Malaysia Sarawak berhasil mengotakan sasaran 25 pingat emas yang dituntut Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Haji Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan.

Dalam temasya yang berlangsun­g di Kuching pada 6 hingga 10 Ogos lalu itu, kontinjen paralimpik Sabah menduduki tempat keempat dengan mengutip 25 pingat emas, 23 perak dan 26 gangsa di belakang Terengganu dengan 30 pingat emas, 24 perak dan 19 pingat gangsa.

Tuan rumah Sarawak begitu gah di atas dengan pungutan 84 pingat emas, 63 perak dan 73 gangsa untuk menjulang gelaran juara sambil diikuti negeri Johor selaku naib juara dengan 35 pingat emas, 25 perak dan 15 gangsa.

Diperkuatk­an seramai 76 orang atlet dan diiringi oleh seramai 62 orang terdiri daripada pegawai dan jurulatih, Kontinjen Paralimpik Sabah yang diketuai oleh Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah; Haji Awang Damit Awang Anak selaku Chief De Mission (CDM) Kontinjen telah berhasil memburu sasaran 25 pingat emas itu.

“Misi kita di Sarawak sebenarnya adalah untuk memperbaik­i kedudukan dari tangga keempat di Perlis, naik ke tangga ketiga di temasya ini selain buruan 25 pingat emas.

“Namun begitu, saya amat berpuas hati bila mana buruan 25 pingat emas itu telah dapat kita realisasik­an dan kejayaan itu turut mengembira­kan semua termasuk Menteri Belia dan Sukan Sabah,” kata Haji Awang Damit ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurut beliau, semua atlet telah bekerja keras dan bersemanga­t tinggi memberikan saingan dalam setiap acara yang mereka sertai.

“Hingga ada kalangan mereka melupakan kesakitan pada diri mereka. Syabas kepada semua,” katanya.

Sementara itu, postmortem akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi menyelidik kekurangan, menambah ramuan selain mencari kaedah dan sukan yang berpotensi menyumbang­kan banyak pingat emas untuk menghadapi Kejohanan Sukan Paralimpia­d Malaysia Ke-19 Perak pada tahun 2018 kelak.

“Ada dua tahun lagi, dan kita akan mencari sukan dan acara yang berpotensi untuk kita berikan tumpuan dan target kita adalah untuk mencapai misi menduduki tiga tangga teratas pada temasya di Perak itu nanti,” tegasnya.

Turut bersama mengiringi atlet di temasya itu ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutua­n) Negeri Sabah Rusli Yusoff yang juga Assistant Chief De Mission Kontinjen, Penolong Pengarah Sukan JBS (P) Sabah Norman Ramlan merangkap setiausaha kontinjen, Pengarah MSN Sabah Terrance Adward Pudin, Timbalan Pengarah JBS (P) Sabah Lamat Anak Nyalau selaku ketua urusetia kontinjen, Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) Penyuki Matta dan Pengerusi LSNS Datuk Louis Rampas.

Dalam pada itu, kontinjen Sabah telah menyertai lapan acara daripada sembilan jenis sukan yang dipertandi­ngkan di temasya itu iaitu olahraga, ping pong, badminton, boling padang, tenpin boling, catur dan dua sukan yang baru disertai iaitu memanah dan renang.

Sukan olahraga menjadi penyumbang terbesar pungutan pingat Sabah dengan 19 pingat emas, 17 perak dan 8 pingat gangsa diikuti ping pong 3 emas, 3 perak dan 9 gangsa, catur 1 emas, 2 perak, renang 1 emas, 2 gangsa, memanah 3 gangsa, tenpin boling 1 emas, 2 perak, 2 gangsa, boling padang 1 gangsa dan badminton 1 gangsa. (Terdapat pungutan pingat yang belum diperolehi).

Ratu Pecut negara Felicia Mikat menghadiah­kan tiga pingat emas dalam acara 100M, 200M dan 400M kategori T3, di samping seorang lagi sandaran Doriah Poulus turut menghadiah­kan dua pingat emas menerusi acara lempar cakera F44 dan lontar peluru F44 selain daripada Shamli Waidi dengan 3 pingat emas menerusi lontar peluru F36, lontar cakera F36 dan lontar lembing F36.

Turut menghadiah­kan pingat untuk olahraga ialah Saiful Dawang (2 emas),Eddy Bernard (1 emas,1 perak,1 gangsa), Eryanto Bahtiar (2 emas), Jovita Joseph (1 emas,1 perak), Abd. Halim Mohamad (1 emas,2 perak), Mohd Khairi Military Lorin (1 emas,1 perak,1 gangsa), dan Adderin Majurin (2 emas,1 perak). Nama-nama lain ialah Jatin Moginza, Retchievan­a Tabisun, Samri Butak, Shahnizam Kassim, Jacklon Ganding,Fredoline Modius, Saiful Dawang, Maswinah Suanang, Susi Santi Idris, Jatin Moginza dan Retchievan­a Tabisun. Tiga emas ping pingat bagi sukan pong telah disumbangk­an menerusi gandingan Merylyne Chee Mei Ling/Sabariah Sulaiman dalam acara Women’s Double Open DF9-10, gandingan Mohamad Nazizul Hamzah/Idham Nadzir dalam acara Men’s Double Class 6-8, dan juga menerusi Mohd Nazizul dalam acara Men’s Single Class.

Tiga pingat perak ping pong disumbangk­an menerusi pasangan Muhammad Lizan/Ammrin Sani acara Men’s Double Open Class 1-5, pasangan Harman Halion/Micheal Tham (Men’s Team Class 4-5 dan menerusi pasangan Shamsuddin Sulmin/Brady Chin dalam acara Men’s Team Class 10.

Sembilan gangsa diperolehi menerusi acara perseorang­an oleh Merylyne Chee dan Muhammad Lizan, Harman Halion,Idham Nadzir dan Micheal Tham, selain menerusi pasangan Ali Omar/Mohammad Khairul, pasangan Mohammad Lizan/Ammrin Sani

dalam acara beregu dan pasukan Mohd Nazizul Hamzah, Idham Nadzir, Ali Omar dan Mohammad Khairul dalam acara Men’s Team Event Class 6-9. Atlet renang, Louis Simun telah memberi kejutan dengan memyumbang­kan satu pingat emas melalui acara Kuak Lentang Lelaki 50 Meter. Dan, seorang lagi atlet renang iaitu Jaison Pengiran turut menyumbang­kan pingat gangsa acara Dada dua dalam Kuak Lelaki 50 Meter dan 50 Meter Gaya Bebas Lelaki. Sementara pasukan memanah telah menyumbang­kan tiga pingat gangsa melalui acara Recurved 70 Meter Wanita, Recurved 70 Meter Match Round oleh Nurizzati Zahidah dan untuk acara Beregu Campuran Recurved 70 Meter telah dimenangi oleh pasangan Nurizzati Zahidah dan Ali Yusof. Catur turut menyumbang­kan 1 pingat emas dan 2 perak menerusi Mohamad Kelana Yusop menerusi kategori fizikal. Sebutir pingat emas sukan tenpin boling disumbangk­an oleh Azuan Amir Hassan dalam Perseorang­an TPB1, 2 pingat perak oleh Patricdona­lsius Petrus dan Maylina Abel dan 2 gangsa oleh pasukan terdiri Azuan Amir Hassan, Zaini Jainuddin dan Affideeny Aini.

Pingat gangas bagi boling padang pula dihadirkan oleh gandingan Donny Timol Owai/Deris Kautang menerusi acara Pasangan B6 (M) Lelaki.

Dan akhirnya 1 pingat gangsa turut dihadiahka­n daripada acara sukan badminton berpasukan menerusi pasukan yang dibarisi oleh Shahril Siues, Shahrizan Daud, Mohd. Sibil Guri dan Chin Syn Khui.

Apa yang pasti kejayaan atlet kontinjen paralimpik Sabah ke Kejohanan Sukan Paralimpia­d Malaysia Sarawak Ke-18 2016 yang diketuai oleh ratu pecut negara Felicia Mikat menjadi bukti jelas bahawa Sabah memiliki barisan atlet paralimpik yang hebat dan tidak mudah mengaku kalah sebelum bertanding.

Dalam tempoh 2 tahun lagi Kejohanan Paralimpia­d Malaysia Perak Ke-19 2018 akan berlangsun­g. Dengan membuat persiapan yang rapi dan konsisten, kita mengharapk­an semoga misi buruan tiga tangga teratas itu akan dapat dicapai.

 ??  ??
 ??  ?? AKSI Samri Butak dalam acara Merejam Lembing F57 untuk raih pingat perak. DARI kanan, Norman Ramlan, Rusli Yusoff merakamkan kenangan bersama Shamli Waidi yang meraih pingat emas acara lontar lembing.
AKSI Samri Butak dalam acara Merejam Lembing F57 untuk raih pingat perak. DARI kanan, Norman Ramlan, Rusli Yusoff merakamkan kenangan bersama Shamli Waidi yang meraih pingat emas acara lontar lembing.
 ??  ??
 ??  ?? DATUK Louis Rampas (tiga kiri) menyampaik­an medal kepada pemenang pingat emas Sabah Louis Simun bagi acara renang.
DATUK Louis Rampas (tiga kiri) menyampaik­an medal kepada pemenang pingat emas Sabah Louis Simun bagi acara renang.
 ??  ?? HAJI Awang Damit (dua kanan) dan ADCM Rusli Yusoff (dua kanan) merakam kenangan bersama Felicia Mikat (empat kanan) yang memenangi pingat emas olahraga.
HAJI Awang Damit (dua kanan) dan ADCM Rusli Yusoff (dua kanan) merakam kenangan bersama Felicia Mikat (empat kanan) yang memenangi pingat emas olahraga.
 ??  ?? DCM Kontinjen Paralimpik Sabah Haji Awang Damit Awang Anak menerima bendera Sabah daripada Datuk Haji Tawfiq.
DCM Kontinjen Paralimpik Sabah Haji Awang Damit Awang Anak menerima bendera Sabah daripada Datuk Haji Tawfiq.
 ??  ?? PASUKAN pemanah Sabah Ali Yusof dan Nurizzati (baju biru) semasa acara Beregu Campuran 70m Recurved.
PASUKAN pemanah Sabah Ali Yusof dan Nurizzati (baju biru) semasa acara Beregu Campuran 70m Recurved.
 ??  ?? HAJI Awang Damit menyampaik­an hadiah kepada Shahnizam Kassim yang memenangi pingat perak olahraga.
HAJI Awang Damit menyampaik­an hadiah kepada Shahnizam Kassim yang memenangi pingat perak olahraga.
 ??  ?? ADCM Rusli Yusoff mengalungk­an pingat emas kepada Sabaruddin Bacho untuk acara lontar cakera.
ADCM Rusli Yusoff mengalungk­an pingat emas kepada Sabaruddin Bacho untuk acara lontar cakera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia