Utusan Borneo (Sabah)

Umno Semporna dapat sokongan mantap daripada ketua cawangan

-

SEMPORNA: Kemelut Umno Bahagian Semporna kini semakin pulih dengan sokongan mantap diberikan 400 ketua cawangan, AJK Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri serta ahli Umno yang menzahirka­n sokongan padu sempena majlis Perjumpaan Khas bersama Pemangku Ketua Bahagian Umno Parlimen Semporna, di sini, Sabtu lepas.

Pemangku Ketua Bahagian Umno Semporna Dato Sri Nasir Tun Sakaran yakin dengan kesetiaan semua ahli Umno itu mampu mengukuhka­n lagi perjuangan parti itu membela nasib rakyat di daerah ini.

Katanya sokongan dan kesetiaan itu sekaligus telah menafikan semua persepsi rakyat mengenai parti Umno di bahagian Semporna.

“Meskipun Umno bahagian sebelum ini berhadapan kemelut kepimpinan dan keluar parti mantan ketua bahagian bersama beberapa pemimimpin, namun keadaan itu kini telah dapat diatasi bersama pemimpinpe­mimpin serta AJK yang masih setia dan sayangkan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Bersama Ketua- Ketua Cawangan Umno Parlimen Semporna, di sini.

Hadir sama, Naib Ketua Bahagian Zakiah Hj Kalipunya (Ketua Puteri); Pemangku Setiausaha Bahagian Mohd Syam Muksan; Ketua Penerangan Datuk Ramlee Marahaban; mantan Adun Sulabayan Datuk Harman Mohammad ( AJK); mantan Adun Bugaya Datuk Basalie Abd Hamid (AJK); Datuk Abd Hajan Gurimbang (AJK); Pemangku Ketua Wanita Umno Hajah Latifah Penghulu Hindi; Pemangku Ketua Pemuda Umno Ahmad Marzuki Nasir; dan Naib Ketua Puteri Rafeah Buang.

Nasir berkata jentera Umno bahagian itu akan bekerja keras dengan turun padang bertemu penduduk setiap kampung bagi memberi penjelasan terperinci mengenai isu semasa yang berlaku agar penduduk tidak terkeliru sambil akan berusaha untuk memenangi semua kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) dan Parlimen kawasan itu pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya keyakinan itu berikutan Umno Bahagian Semporna masih kuat dan kukuh sekaligus dapat menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) di kawasan berkenaan.

Menyentuh kredibilit­i barisan pemimpin Umno Semporna yang baru, Nasir yang juga Adun Senallang berkata kredibilit­i barisan pemimpin Umno Semporna yang baharu dilantik merupakan hasil gabungan pemimpin lama dan baharu yang mempunyai pengalaman luas untuk membawa parti terus di landasan yang betul.

 ??  ?? NASIR (tengah) bersalaman dengan Datuk Malali (kiri) dan sebahagian ketua cawangan Parlimen Semporna.
NASIR (tengah) bersalaman dengan Datuk Malali (kiri) dan sebahagian ketua cawangan Parlimen Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia